Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ri/] | مناريق

Definisi : 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat; 2. ki mencabut, mengambil, menghunus, menyedut, dll: kipas-kipas itu hendak-lah dipasang supaya dapat ~ udara yg bersih dr luar masuk ke dlm bilik itu; 3. = ~ hati memikat hati: permainan yg sungguh istimewa dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ri/] | مناريق

Definisi : 1 menghela sesuatu supaya bergerak ke arah diri sendiri (supaya keluar, tercabut dll): Kepala kereta api itu dpt ~ tiga puluh tan arang batu mendaki bukit dgn kederasan empat batu sejam. 2 = ~ hati memikat atau menawan hati: Tempat itu indah dan ~. 3 ki menyedut; menghisap. ~ beca mengayuh beca. ~ diri meletakkan jawatan; tidak mahu menerima sesuatu jawatan; berundur dr sesuatu kumpulan, perhubungan dll; mengundurkan diri. ~ layar menaikkan layar. ~ muka masam menunjukkan muka yg masam. ~ nafas menyedut udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tarik
Kata Terbitan : menarik, tertarik, tarikan, penarikan, penarik,

Puisi
 

Sayang Cik Mat anak seorang,
     Pandai menarik kaki dulang;
Lautan besar saya harung,
     Ini pula kekasih orang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Menarik pangkur ke dada.

Bermaksud :

Insaf akan diri sendiri. pangkur = pacul.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
promosipromotionSegala usaha dan kegiatan perniagaan untuk menarik perhatian pembeli bagi meningkatkan jualan barang atau perkhidmatan. Lihat ContohSekolah Rendah

Kembali ke atas