Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngam.bil] | مڠمبيل

Definisi : 1 memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya; memungut sesuatu yg ada di bawah: Ia membongkok lalu ~ buku yg di atas lantai itu. 2 menggunakan sesuatu kepunyaan orang (dgn kebenaran ataupun tidak: Kalau aku tidak silap, adikmulah yg ~ topi kamu tadi. 3 memerlukan; memakan: Kerja itu akan ~ masa dua bulan. 4 mendapatkan sesuatu (spt sukatan, bacaan) dgn menyukat atau dgn mengukur: Ketika aku terlantar di rumah sakit dahulu, jururawat datang ~ suhu badanku dua kali sehari. 5 menerima orang utk bekerja dsb: Firma tsb akan ~ beberapa orang pekerja baru pd tahun hadapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengambil

Puisi
 

Ke laut mengambil lokan,
     Burung tiung memanggil anak;
Janganlah malu janganlah segan,
     Samalah kita berdagang sanak.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Mengambil bungkalan kurang.

Bermaksud :

Salah terima (merasa dirinya tersinggung oleh perkataan orang).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
arahdirectionHala gerakan sesuatu objek tanpa mengambil kira jaraknya.Menengah Atas
arahdirectionHala gerakan sesuatu objek tanpa mengambil kira jaraknya. Lihat ContohMenengah Rendah
pemboleh ubah rawak selanjarcontinuous random variablePemboleh ubah yang boleh mengambil sebarang nilai dalam julat tertentu.Menengah Atas
pemboleh ubahvariableKuantiti yang nilainya tidak tetap, yang diwakili dengan simbol seperti x, y dan z, … yang boleh mengambil sebarang nilai daripada suatu set nilai tertentu.Menengah Atas
hukum kalis tukar tertibcommutative lawHukum yang menyatakan bahawa hasil tambah atau hasil darab dua kuantiti adalah sama tanpa mengambil kira tertib kuantiti-kuantiti itu ditambah atau didarab. Contohnya, 3 + 4 = 4 + 3.Menengah Rendah

Kembali ke atas