set semesta | universal set | Set yang mengandungi semua unsur yang menjadi bahan perbincangan bagi suatu masalah matematik. Contohnya, dalam masalah yang melibatkan hanya nombor asli, set semestanya terdiri daripada set nombor asli {1, 2, 3, 4, . . .}. Simbolnya ialah epsilon, ε atau x. | Menengah Atas |
ruang sampel | sample space | Set yang mengandungi semua kesudahan yang mungkin dalam sesuatu uji kaji. | Menengah Atas |
monomial | monomial | Ungkapan algebra yang hanya mengandungi satu sebutan seperti 2, x, 4xy, 3a²b. | Menengah Atas |
kuartil pertama | first quartile | Kuartil yang mengandungi 25% data. | Menengah Atas |
kuartil ketiga | third quartile | Kuartil yang mengandungi 75% data. | Menengah Atas |
set kosong | empty set | Set yang tidak mengandungi sebarang unsur, yang ditulis sebagai Ø atau { }. | Menengah Atas |
sebutan algebra linear | linear algebraic term | Sebutan yang mengandungi satu pemboleh ubah dengan kuasanya ialah 1. Contohnya, 4x dan 5y. | Menengah Rendah |
ruang sampel barangkali sama | equiprobable sample space | Set yang mengandungi semua kesudahan yang mungkin dalam sesuatu uji kaji dan mempunyai peluang yang sama untuk berlaku. | Menengah Atas |
sebutan algebra tak linear | non-linear algebraic term | Sebutan yang mengandungi satu atau lebih pemboleh ubah atau kuasa selain daripada 1. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
nombor bulat | whole number | Nombor yang bermula dari sifar dan seterusnya, dan tidak mengandungi pecahan atau perpuluhan. Contoh, 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6 | Sekolah Rendah |