Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.pus.kan] | مڠهاڤوسکن

Definisi : 1. menghilangkan dgn me­nyapu: ~ conteng pd dinding; 2. meng­hilangkan, meluputkan, meniadakan, mem­banteras, membasmi: ada beberapa jalan utk ~ penyakit; berjuang utk ~ penjajahan; ~ musuh; 3. menganggap telah hapus, meng­ang­gap telah tidak ada lagi, mengampuni (dosa dll): segala hutangnya dihapuskan apabila ia bersetuju menyerah­kan segala kekuasa­annya; semua barang yg lama lebih baik dihapuskan drpd perjanjian kita; mudah-mudahan Yang Dipertuan akan ~ dosaku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.pus.kan] | مڠهاڤوسکن

Definisi : 1 menjadikan hapus; menghilangkan dgn menggosok dll: ~ conteng di dinding. 2 menjadikan tiada; meniadakan; menghilangkan; melenyapkan; membasmi (penyakit): Mereka berunding dan mencari ikhtiar utk menghalau dan ~ semua tikus itu. 3 memberi ampun; memaafkan; meng­ampunkan: Mudah-mudahan Allah akan ~ dosanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hapus (kata kerja)
Bersinonim dengan hilang, lenyap, lupus, luput, lesap, tiada;,
Kata Terbitan : menghapuskan, terhapus, penghapusan, penghapus,


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kaedah penghapusanelimination methodKaedah untuk menyelesaikan persamaan serentak dengan menghapuskan salah satu pemboleh ubah.Menengah Rendah
kaedah penghapusanelimination methodKaedah untuk menyelesaikan sistem persamaan serentak dengan menghapuskan salah satu pemboleh ubah.Menengah Atas

Kembali ke atas