[me.nu.run] | منورون
Definisi : 1. meniru (tulisan dll) drpd yg lain, menulis semula, menyalin; 2. meniru perbuatan orang lain, mencontohi orang lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nu.run] | منورون
Definisi : 1. agak miring (tanah, pantai, dll), landai ke bawah: gunung itu ~ dgn curamnya arah ke timur; 2. pergi dr atas ke bawah (bukit dll), pergi melalui lereng bukit dll ke bawah: ia bergegas melangkah ~ bukit yg curam menjunam itu; 3. menjadi kurang drpd biasa, beransur-ansur turun, menjadi reda (kemarahan dll), berkurang, surut, susut: debar darahku ~ dan dadaku terasa lapang; mereka ditangkap kerana dituduh men-jalankan sabotaj yg menyebabkan peng-hasilan kilang itu ~; 4. berpindah kpd (drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu, dll), turun kpd: ia benar-benar ~ kelakuan bapanya; 5. kemasukan roh halus ke dlm tubuh (pawang, bomoh, dll), berada dlm keadaan tidak sedar dan seterusnya dapat menghubungi makhluk-makhluk halus (bkn bomoh, pawang, dll), bersawai: cara mengubat penyakit kadang-kadang dilakukan dgn cara ~; saya dapat menyaksikan bagaimana gayanya orang berpawang dan pawang ~ hantu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nu.run] | منورون
Definisi : 1 meniru tulisan dll dr yg lain. 2 mencontoh perbuatan orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[me.nu.run] | منورون
Definisi : 1 landai ke bawah; lw mendaki: Jalan ke sawah itu agak ~. 2 pergi dr atas bukit ke bawah; pergi melalui lereng bukit dsb ke bawah. 3 beransur-ansur turun; menjadi kurang drpd biasa; menjadi reda (ttg kemarahan dll). 4 berpindah drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu dan seterusnya. 5 kemasukan roh halus ke dlm tubuh badan seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)