nombor segi tiga | triangular number | Nombor 1, 3, 6, 10, … merupakan nombor segi tiga kerana nombor-nombor tersebut merujuk kepada bilangan titik-titik yang disusun untuk membentuk segi tiga. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajah | Menengah Atas |
polinomial | polynomial | Ungkapan yang berbentuk seperti berikut: a0xn + a1xn-1 + ... + anx + an dengan a0, a1, a2, ..., an merupakan nombor tertentu, n merupakan integer positif dan x ialah pemboleh ubah. | Menengah Atas |
julat | range | 1. Dalam statistik, julat ialah perbezaan antara nilai yang terbesar dengan nilai yang terkecil dalam suatu set data. 2. Dalam hubungan, julat ialah subset kodomain yang merupakan imej bagi objek dalam domain. | Menengah Atas |
punca persamaan | root of an equation | Nilai yang merupakan penyelesaian kepada sesuatu persamaan. Contoh: x² − x − 2 = 0. Nombor −1 dan 2 ialah punca persamaan ini. | Menengah Rendah |
lilitan | circumference | Lengkung tertutup yang merupakan sempadan suatu bentuk bulat. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Contoh | Menengah Rendah |
pecahan termudah | simplest fraction | Pecahan yang pengangka dan penyebutnya merupakan angka yang paling kecil. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
sistem metrik | metric system | Sistem ukuran asas sepuluh, yang setiap unitnya merupakan gandaan sepuluh. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
pecahan algebra | algebraic fraction | Pecahan yang pengangka atau penyebut atau kedua-duanya merupakan sebutan atau ungkapan algebra. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Contoh | Menengah Rendah |
bentuk piawai | standard form | Kaedah piawai untuk menulis nombor nyata. Melalui tatatanda saintifik, semua nombor nyata ditulis dalam bentuk A×10n, dengan 1 ≤ A < 10 dan n merupakan integer. Contohnya, 351 ditulis sebagai 3.51 × 10² dalam bentuk piawai. | Menengah Atas |
segi tiga Pascal | Pascal's triangle | Tatasusunan pekali binomial dalam bentuk segi tiga. Setiap nombor merupakan hasil tambah dua nombor yang terletak di atasnya. Setiap baris bermula dan berakhir dengan angka 1. Segi tiga ini boleh berterusan sehingga ketakterhinggaan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajah | Menengah Atas |