nombor berarah | directed number | Nombor dengan tanda positif (+) atau negatif (−). Contohnya, −3 merupakan nombor negatif 3 manakala +10 merupakan nombor positif 10. Lazimnya, nombor positif tidak diletakkan tanda (+). | Menengah Atas |
vektor negatif | negative vector | Vektor yang mempunyai magnitud yang sama, tetapi bertentangan arah dengan vektor yang asal. Lihat rajah | Menengah Atas |
nombor negatif | negative number | Nombor yang nilainya kurang daripada sifar. | Menengah Atas |
nombor negatif | negative number | Nombor yang nilainya lebih kecil daripada sifar. Contohnya, −2, −1, dan −0.5. | Menengah Rendah |
integer negatif | negative integer | Nombor bulat yang kurang daripada sifar. Contohnya, ... −3, −2, −1. | Menengah Rendah |
nombor berarah | directed number | Nombor dengan tanda positif (+) atau negatif (−) di hadapannya. | Menengah Rendah |
integer | integer | Nombor bulat yang bertanda positif (+) dan bertanda negatif (−). Contohnya, −2, −1, 0, 1, 2. | Menengah Rendah |
titik pusingan | turning point | Titik pada graf yang menunjukkan tempat perubahan kecerunan tangen daripada nilai positif kepada negatif atau sebaliknya. Titik pusingan mungkin merupakan titik maksimum atau titik minimum. Lihat rajah | Menengah Atas |
pecutan | acceleration | Kadar perubahan halaju terhadap masa. Apabila halaju bertambah, pecutannya positif, manakala apabila halaju mengurang, pecutannya negatif (nyahpecutan). | Menengah Atas |
pecutan | acceleration | Kadar perubahan halaju sesuatu objek. Bagi halaju bertambah, pecutannya positif, manakala bagi halaju mengurang, pecutannya negatif. | Menengah Rendah |