pemboleh ubah | variable | Kuantiti yang nilainya tidak tetap, yang diwakili dengan simbol seperti x, y dan z, … yang boleh mengambil sebarang nilai daripada suatu set nilai tertentu. | Menengah Atas |
pemboleh ubah | variable | Kuantiti yang nilainya tidak diketahui dan tidak tetap, yang boleh mewakili sebarang nilai. | Menengah Rendah |
nombor positif | positive number | Nombor yang nilainya lebih besar daripada sifar. Contohnya, 0.5, 1, dan 2. | Menengah Atas |
nombor negatif | negative number | Nombor yang nilainya kurang daripada sifar. | Menengah Atas |
fungsi trigonometri | trigonometric function | Fungsi yang nilainya ditakrif sebagai nisbah antara sisi dalam segi tiga bersudut tegak. Terdapat 6 jenis fungsi trigonometri, iaitu sinus, kosinus, tangen, kotangen, sekan dan kosekan. Lihat Contoh | Menengah Atas |
nombor positif | positive number | Nombor yang nilainya lebih besar daripada sifar. Contohnya, 0.5, 1 dan 2. | Menengah Rendah |
nombor negatif | negative number | Nombor yang nilainya lebih kecil daripada sifar. Contohnya, −2, −1, dan −0.5. | Menengah Rendah |
pemboleh ubah bersandar | dependent variable | Pemboleh ubah yang nilainya bergantung pada nilai pemboleh ubah tak bersandar. Contohnya, dalam rumus y = x + 2, pemboleh ubah bersandar ialah y dan pemboleh ubah tak bersandar ialah x. | Menengah Atas |
tak tertakrif | undefined | Perihal sesuatu yang tidak ditentukan nilainya. Contohnya, operasi bahagi dengan angka kosong. | Menengah Rendah |
tak tertakrif | undefined | Perihal sesuatu yang tidak dapat ditentukan nilainya. Contohnya, operasi bahagi dengan sifar. | Menengah Atas |