nombor segi tiga | triangular number | Nombor 1, 3, 6, 10, … merupakan nombor segi tiga kerana nombor-nombor tersebut merujuk kepada bilangan titik-titik yang disusun untuk membentuk segi tiga. Lihat rajah | Menengah Atas |
sistem nombor | number system | Sistem yang terdiri daripada satu set lambang yang tertentu dan nombor-nombor yang mewakilinya disertai dengan peraturan untuk membentuk nombor yang lebih besar menggunakan simbol-simbol tersebut. | Menengah Rendah |
garis nombor | number line | Garis lurus yang menunjukkan nombor-nombor pada kedudukan jarak yang sama. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
nombor nyata | real number | Sebarang nombor yang terletak pada garis nombor yang meliputi nombor nisbah dan nombor tak nisbah. | Menengah Rendah |
nombor bulat | whole number | Nombor yang terdiri daripada 0, 1, 2, 3, ... . Pecahan, nombor perpuluhan dan nombor bertanda negatif bukan nombor bulat. | Menengah Rendah |
median | median | Nilai yang terletak di tengah-tengah susunan suatu set nombor yang disusun secara tertib. Contohnya, median bagi nombor-nombor 2, 3, 4, 5, 6 ialah 4. | Menengah Atas |
nombor berarah | directed number | Nombor dengan tanda positif (+) atau negatif (−). Contohnya, −3 merupakan nombor negatif 3 manakala +10 merupakan nombor positif 10. Lazimnya, nombor positif tidak diletakkan tanda (+). | Menengah Atas |
jujukan nombor | number sequence | Satu susunan nombor dalam tertib tertentu. Contohnya, (i) Jujukan nombor ganjil ialah 1, 3, 5... ; (ii) Jujukan nombor bagi gandaan 5 ialah 5, 10, 15, 20, 25... ; (iii) Jujukan nombor kuasa dua sempurna ialah 1, 4, 9, 16, ... . | Menengah Rendah |
nombor bercampur | mixed number | Nombor yang terdiri daripada nombor bulat dan pecahan. | Menengah Atas |
nombor bercampur | mixed number | Nombor yang terdiri daripada nombor bulat dan pecahan wajar. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |