dividen | dividend | Nombor yang boleh dibahagi dengan nombor yang lain. Contohnya, 8 ÷ 4 = 2. Oleh itu, 8 merupakan dividen. | Menengah Atas |
ganda tiga | triple | Hasil mendarabkan sesuatu angka dengan 3. Contohnya, 5 x 3 bersamaan 15. Oleh itu, 15 merupakan ganda tiga bagi 5. | Menengah Rendah |
ganda dua | double | Hasil mendarabkan sesuatu angka dengan 2. Contohnya, 5 x 2 bersamaan 10. Oleh itu, 10 merupakan ganda dua bagi 5. | Menengah Rendah |
punca kuasa dua | square root | Jika a = b × b, maka b ialah punca kuasa dua a. Simbol bagi punca kuasa dua ialah √ . Oleh itu, √ a = b. | Menengah Atas |
punca kuasa tiga | cube root | Jika a = b × b × b, maka b ialah punca kuasa tiga a. Simbol bagi punca kuasa tiga ialah ∛ . Oleh itu, ∛ a = b. | Menengah Atas |
tentu sah | verify | Proses untuk memastikan penyelesaian satu masalah adalah betul dengan memastikan jawapan tersebut memenuhi semua persamaan atau ketaksamaan dalam masalah yang berkenaan. Contohnya, tentu sahkan bahawa x = 3 merupakan penyelesaian kepada persamaan x² - 5x + 6 = 0. Apabila digantikan x = 3 ke dalam persamaan 3² - 5(3) + 6 = 0, maka 9 - 15 + 6 = 0. Oleh itu, 0 = 0 adalah sah. | Menengah Atas |
sektor | sector | Bahagian satu bulatan yang dibatasi oleh dua jejari dan lengkok yang menyambungkan titik hujung dua jejari itu. Lihat rajah | Menengah Atas |
sektor | sector | Bahagian dalam bulatan yang dibatasi oleh dua jejari dan lengkok yang menyambungkan titik hujung dua jejari itu. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
sektor | sector | Bahagian sesuatu bulatan yang dibatasi oleh dua jejari dan lengkok yang menyambungkan titik hujung dua jejari itu. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |