Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
haridayUnit tempoh bumi melengkapkan satu putaran pada paksinya. 1 hari = 24 jam.Menengah Rendah
sisi sebelahadjacent sideDua sisi yang bertemu pada satu bucu tertentu pada poligon. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat ContohMenengah Rendah
putaranrotationPenjelmaan yang berlaku apabila setiap titik pada rajah berputar pada pusat putaran melalui sudut tertentu dan arah tertentu. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat ContohMenengah Rendah
sifarzero1. Nombor yang digunakan untuk menunjukkan keadaan tiada kuantiti. 2. Titik pada sebarang skala yang menjadi pemisah bagi unit positif dan unit negatif pada arah yang bertentangan. Simbol 0.Menengah Rendah
pantulanreflectionPenjelmaan yang membalikkan titik-titik pada satu satah terhadap satu garis yang dikenali sebagai paksi pantulan. Ciri-ciri pantulan ialah (i) objek dan imej berada pada sebelah yang bertentangan dengan paksi pantulan. (ii) objek dan imejnya mempunyai jarak serenjang yang sama dari paksi pantulan. (iii) bentuk dan saiz imej adalah sama dengan objek, tetapi orientasinya terbalik. (iv) imej bagi suatu titik yang ada pada paksi pantulan ialah titik itu sendiri. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajahMenengah Atas
jejariradius1. Garis lurus yang menghubungkan pusat dengan titik pada lilitan bulatan atau permukaan sfera. 2. Jarak di antara pusat dengan titik pada lilitan bulatan atau permukaan sfera. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajahMenengah Atas
diameterdiameterGaris lurus yang menghubungkan dua titik pada lilitan dan melalui pusat bulatan pada bulatan atau sfera. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat ContohMenengah Rendah
sudut pada lilitanangle at the circumferenceSudut yang terbentuk apabila garis dari dua titik hujung lengkok bertemu pada titik ketiga di lilitan sesuatu bulatan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat ContohMenengah Rendah
isometriisometryPenjelmaan yang menunjukkan objek asal dan imejnya bersifat kongruen. Dalam isometri, jarak antara dua titik pada objek asal sama dengan jarak antara dua titik yang sama pada imejnya. Pantulan, putaran dan translasi merupakan isometri. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajahMenengah Atas
bulatan unitunit circleBulatan yang jejarinya berukuran 1 unit dan berpusat pada asalan (0, 0) dalam sistem Cartes. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajahMenengah Atas
1234567

Kembali ke atas