ela | yard | Unit ukuran panjang, 1 ela ≈ 0.9144 meter. | Menengah Atas |
dimensi | dimension | Ukuran saiz sesuatu bentuk atau objek seperti panjang, lebar, tinggi atau garis pusat. Bentuk yang hanya ada ukuran panjang seperti garis lurus mempunyai satu dimensi. Permukaan yang ada ukuran panjang dan lebar mempunyai dua dimensi. Objek yang ada panjang, lebar dan tinggi mempunyai tiga dimensi. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajah | Menengah Atas |
milimeter | millimetre | Unit ukuran bagi panjang. Simbol milimeter ialah mm. 1 meter = 1 000 milimeter. | Sekolah Rendah |
kilometer | kilometre | Unit ukuran bagi panjang atau jarak. Simbol kilometer ialah km. 1 km = 1 000 m. | Sekolah Rendah |
kosinus | cosine | Fungsi yang menyatakan nisbah panjang sisi sebelah sesuatu sudut terhadap panjang hipotenus segi tiga bersudut tegak. Singkatannya, kos. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Contoh | Menengah Rendah |
tangen | tangent | Fungsi yang menyatakan nisbah panjang sisi bertentangan sudut terhadap panjang sisi sebelah sudut pada suatu segi tiga bersudut tegak. Singkatannya, tan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Contoh | Menengah Rendah |
magnitud | magnitude | 1. Saiz sesuatu benda. 2. Panjang garis yang mewakili satu vektor. | Menengah Atas |
tembereng | segment | 1. Bahagian sesuatu garis lurus dengan panjang tertentu. 2. Bahagian sesuatu bulatan yang dihadkan oleh suatu lengkok dan perentas yang menghubungkan kedua-dua hujung lengkok berkenaan. 3. Bahagian sesebuah bongkah yang dipotong oleh suatu satah. | Menengah Rendah |
sentimeter | centimetre | Unit ukuran bagi panjang. Simbol sentimeter ialah cm. 1 cm = 10 mm. | Sekolah Rendah |
meter | metre | Unit ukuran bagi panjang. Simbol meter ialah m. 1 m = 100 cm. | Sekolah Rendah |