pantulan | reflection | Penjelmaan yang membalikkan titik-titik pada satu satah terhadap satu garis yang dikenali sebagai paksi pantulan. Ciri-ciri pantulan ialah (i) objek dan imej berada pada sebelah yang bertentangan dengan paksi pantulan. (ii) objek dan imejnya mempunyai jarak serenjang yang sama dari paksi pantulan. (iii) bentuk dan saiz imej adalah sama dengan objek, tetapi orientasinya terbalik. (iv) imej bagi suatu titik yang ada pada paksi pantulan ialah titik itu sendiri. Lihat rajah | Menengah Atas |
pantulan | reflection | Penjelmaan yang membalikkan titik-titik pada satu satah. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
paksi pantulan | reflection axis | Garis yang menjadi paksi pembalikan titik-titik objek pada sesuatu satah dan menghasilkan imej pada sisi yang bertentangan. | Menengah Rendah |
penjelmaan | transformation | Proses mengubah kedudukan, orientasi atau saiz sesuatu objek melalui translasi, pantulan, putaran dan pembesaran. | Menengah Atas |
penjelmaan | transformation | Proses mengubah kedudukan, orientasi atau saiz imej sesuatu objek melalui translasi, pantulan, putaran dan pembesaran. | Menengah Rendah |
isometri | isometry | Penjelmaan yang menunjukkan objek asal dan imejnya bersifat kongruen. Dalam isometri, jarak antara dua titik pada objek asal sama dengan jarak antara dua titik yang sama pada imejnya. Pantulan, putaran dan translasi merupakan isometri. Lihat rajah | Menengah Atas |
isometri | isometry | Penjelmaan yang mengekalkan jarak di antara dua titik pada objek asal dengan jarak dua titik tersebut pada imejnya, yang juga menyebabkan objek dan imej adalah kongruen. Contohnya, translasi, pantulan, dan putaran. | Menengah Rendah |