[pe.mi.li.han] | ڤميليهن
Definisi : hal atau perbuatan memilih: suara merdu sesuatu biola kecil adalah bergantung pd ~ kayu yg istimewa; ~ yg dijalankan itu tidak begitu adil; ~ alamiah (Bio) teori tentang evolusi organisma (dipelopori oleh Darwin) yg menyatakan bahawa individu sesuatu spesies yg dapat menyesuaikan diri dgn persekitaran akan dapat hidup dlm persekitaran itu dan cenderung membiak dgn banyak; ~ bertingkat (berjenjang) ark Id pemilihan wakil parlimen yg tidak langsung oleh rakyat; ~ buatan (Bio) pemilihan tumbuhan atau haiwan yg mempunyai ciri terbaik utk dikacukkan; ~ langsung Id pemilihan wakil parlimen yg langsung oleh rakyat; ~ umum Id pilihan raya umum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.mi.li.han] | ڤميليهن
Definisi : perbuatan atau hal memilih: ~ dilakukan berdasarkan kelulusan akademik serta pengalaman seseorang calon. ~ umum pemilihan wakil rakyat yg dibuat secara undi atas dasar demokrasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)