sifat kalis agihan | distributive property | Sifat operasi pendaraban yang membolehkan hasil pendaraban terhadap satu set nombor sama dengan hasil darab nombor ahli set tersebut secara berasingan. Contohnya, 2 (3 + 4) = 2 × 3 + 2 × 4. | Menengah Atas |
pendaraban | multiplication | Proses penambahan berulang. Simbol darab ialah ×. | Sekolah Rendah |
pendaraban skalar | scalar multiplication | Proses mendarab satu vektor dengan skalar dan menghasilkan vektor yang selari dengan vektor asal. Lihat Contoh | Menengah Atas |
pendaraban berulang | repeated multiplication | Proses mendarab dengan angka yang sama berulang kali. Contohnya, 6 × 6 × 6 × 6. | Menengah Rendah |
kembangan | expansion | Hasil pendaraban dua ungkapan algebra dalam kurungan. Contoh: (i) a ( b + c ) = ab + ac (ii) ( x + 2 ) (x − 3) = x² − x − 6 | Menengah Rendah |
operasi aritmetik | arithmetic operation | Proses penambahan, penolakan, pendaraban, dan pembahagian ke atas nombor. | Menengah Rendah |
sifat kalis tukar tertib | commutative property | Sifat operasi penambahan atau pendaraban yang membolehkan angka-angka dicampur atau didarabkan dalam sebarang tertib, tetapi masih menghasilkan jumlah yang sama. Contohnya, 5 + 4 = 4 + 5 dan 5 × 4 = 4 × 5 menunjukkan bahawa perubahan tertib 4 dan 5 masih menghasilkan jumlah yang sama. | Menengah Atas |