Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.khid.ma.tan] | ڤرخدمتن

Definisi : 1. perihal berkhidmat (ber­tugas): Michael terpaksa kembali ke tanah airnya sebab tempoh ~nya di negeri ini sudah tamat; 2. kerja (usaha, kemudahan, dll) utk kebajikan (keperluan, kepentingan) orang ramai dll: selain memberikan pinjaman wang, bank perniagaan juga memberikan berbagai-bagai ~ kpd para pelanggan; ~ awam segala kegiatan (usaha) pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai; ~ bas (kereta api) kemudahan pengangkutan dgn bas (kereta api); ~ kerajaan perkhidmatan (spt kerja-kerja pentadbiran dll) oleh peme­rintah; ~ perubatan perkhidmatan yg ber­kaitan dgn kesihatan rakyat (bekalan peru­batan dsb); ~ sosial perkhidmatan (spt per­khidmatan perubatan, pelajaran, dll) utk kebajikan rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.khid.ma.tan] | ڤرخدمتن

Definisi : 1 perbuatan atau hal berkhidmat: Tempoh ~nya akan tamat pd akhir tahun hadapan. 2 kerja, usaha, kemudahan dll utk kepentingan orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khidmat (kata nama)
1. Bersinonim dengan hormat: takzim, sopan santun,

2. Bersinonim dengan bakti: jasa, tugas, kerja, sumbangan,

Kata Terbitan : berkhidmat, perkhidmatan, pekhidmat,


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
cukai perkhidmatanservice taxCukai yang perlu dibayar ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan tertentu seperti hotel dan restoran makanan segera. Lihat ContohSekolah Rendah
bankbankInstitusi yang menawarkan perkhidmatan kewangan. Lihat ContohSekolah Rendah
institusi kewanganfinancial institutionInstitusi yang menawarkan perkhidmatan kewangan seperti simpanan, pelaburan, dan pinjaman wang. Lihat ContohSekolah Rendah
bilbillResit tentang pembelian sesuatu barang atau perkhidmatan yang diterima. Lihat ContohSekolah Rendah
upahwageBayaran yang diterima atau dibayar untuk kerja atau perkhidmatan yang dilakukan.Sekolah Rendah
koscostWang yang dikeluarkan atau dibelanjakan untuk menghasilkan sesuatu barang atau perkhidmatan.Sekolah Rendah
tunaicashWang kertas atau wang syiling yang dibayar secara terus untuk membeli barang atau perkhidmatan.Sekolah Rendah
promosipromotionSegala usaha dan kegiatan perniagaan untuk menarik perhatian pembeli bagi meningkatkan jualan barang atau perkhidmatan. Lihat ContohSekolah Rendah
instrumen pembayaranpayment instrumentAlat yang digunakan untuk membuat pembayaran ke atas harga barang atau nilai perkhidmatan yang diterima. Lihat ContohSekolah Rendah
cukaitaxWang yang perlu dibayar kepada pihak tertentu ke atas pendapatan yang diterima, harta yang dimiliki atau perkhidmatan yang disediakan. Lihat ContohSekolah Rendah

Kembali ke atas