akibat | consequence | Pernyataan yang diimplikasikan oleh satu pernyataan lain. Dalam pernyataan majmuk yang berbentuk implikasi "Jika p, maka q", pernyataan q ialah akibat. | Menengah Atas |
akas | converse | Pernyataan yang merupakan kebalikan bagi pernyataan yang lain. Contohnya, "Jika A dan B ialah nombor ganjil, maka hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil". Akasnya ialah "Jika hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil, maka A dan B ialah nombor ganjil". | Menengah Atas |
ayat benar | true sentence | Pernyataan matematik yang benar. Contohnya, pernyataan "20 + 50 = 70" ialah ayat benar dan "42 ialah nombor ganjil" ialah ayat palsu. | Menengah Atas |
antejadian | antecedent | Dalam implikasi "Jika p, maka q", pernyataan p ialah antejadian dan pernyataan q ialah akibat. | Menengah Atas |
deduksi | deduction | Proses membuat kesimpulan khusus daripada pernyataan umum. Contohnya, semua murid tahun satu lulus ujian matematik merupakan satu pernyataan umum. Imran murid tahun satu. Secara deduksi, dapat disimpulkan bahawa Imran lulus ujian matematik. | Menengah Atas |
pernyataan | statement | Suatu bentuk ayat sama ada benar atau palsu, tetapi bukan kedua-duanya. Contohnya, 3 kurang daripada 6 (benar), 4 kurang daripada 3 (palsu). | Menengah Atas |
premis | premise | Pernyataan yang diandaikan benar untuk membuat kesimpulan. | Menengah Atas |
persamaan | equation | Pernyataan matematik yang menyatakan kesamaan dua ungkapan. Lihat Contoh | Menengah Atas |
pengkuantiti | quantifier | Pernyataan yang menerangkan bilangan objek atau kes yang terlibat dengan sesuatu kejadian. Contohnya, n(A) = 10, bermakna bilangan unsur dalam set A ialah 10 dan n ialah pengkuantiti. | Menengah Atas |
ungkapan | expression | Pernyataan yang menggabungkan nombor dan/atau pemboleh ubah menggunakan operasi matematik. Contohnya, 6 + 8 - (3 + 2) dan a + b - c. | Menengah Rendah |