Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : waktu selepas tengah hari (mulai dr matahari turun hingga matahari masuk), sore, lwn pagi: matahari terbit lebih kurang pd pukul 6 pagi dan masuk lebih kurang pd pukul 6 ~; hari sudah ~; ~ esok waktu petang pd hari esoknya; ~ semalam waktu petang pd hari semalam; besok ~ a) petang esok; b) = besok ~nya petang yg berikutnya; ~ Sabtu malam Ahad Sabtu malamnya sebelum Ahad; sepetang-petangan selama (seluruh) waktu petang, sepetang suntuk; memetang-metangkan; ~ hari Mn memĀ­buang-buang masa dgn berbual-bual dll; kepetangan mengalami (menempuh) petang, kena petang; pemetang-metangkan; ~ hari Mn perinĀ­tang-perintang masa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
petang (kata nama)
Bersinonim dengan sore, matahari turun;,
Kata Terbitan : sepetangan, sepetang-petangan,

Puisi
 

Petang-petang menjolok manggis,
     Manggis jatuh pecah empat;
Petang-petang tunduk menangis,
     Macam burung mencari tempat.


Lihat selanjutnya...(81)
Peribahasa

Seperti ayam makan rumput.

Bermaksud :

Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
waktutimeKetika atau masa tertentu. Waktu dinyatakan dalam unit jam dan minit, pagi, tengah hari, petang, malam atau tengah malam.Sekolah Rendah
sistem 12 jamtwelve-hour systemSistem mengukur masa dalam sehari yang dinyatakan dalam a.m. untuk pagi dan p.m. untuk petang. Contoh, pukul 10:20 a.m. dan 5:30 p.m.Sekolah Rendah

Kembali ke atas