Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. belongings, possessions, harta: he bequeathed all his ~ to his daughter, dia mewariskan semua hartanya pd anak perempuannya; stolen ~, barang curi; 2. real estate, harta tanah: it is wise to invest in ~, adalah bijak melabur dlm harta tanah; 3. (fml) characteristic quality, sifat; (of a healing nature) khasiat: a magnet has the ~ of attracting iron, magnet bersifat boleh menarik besi; many herbs have medicinal properties, banyak herba mengandungi khasiat sbg ubat; 4. land, tanah: the highway will pass through my ~, lebuh raya itu akan melalui tanah saya; 5. (fml) ownership, pemilikan: ~ has its obligations, pemilikan dikaitkan dgn tanggungjawab yg tertentu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata property


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sifatpropertyCiri sepunya yang terdapat pada set nombor, bentuk geometri dan penjelmaan. Contohnya, sifat pentagon sekata ialah mempunyai lima sisi dan lima sudut yang sama.Menengah Atas
sifatpropertyCiri yang dimiliki oleh sesuatu, seperti warna, ketinggian, berat dan seumpamanya. Contohnya, sifat sesuatu pentagon sekata ialah mempunyai 5 sisi dan 5 sudut yang sama.Menengah Rendah
hartapropertyBarang-barang berharga yang dimiliki oleh seseorang. Lihat ContohSekolah Rendah
sifat kalis tukar tertibcommutative propertySifat operasi penambahan atau pendaraban yang membolehkan angka-angka dicampur atau didarabkan dalam sebarang tertib, tetapi masih menghasilkan jumlah yang sama. Contohnya, 5 + 4 = 4 + 5 dan 5 × 4 = 4 × 5 menunjukkan bahawa perubahan tertib 4 dan 5 masih menghasilkan jumlah yang sama.Menengah Atas
sifat kalis sekutuanassociative propertySifat operasi penambahan yang membolehkan lebih daripada dua angka dicampurkan, tetapi masih menghasilkan jumlah campuran yang sama walaupun berbeza kumpulan angkanya. Contohnya, (3 + 6) + 8 = 3 + (6 + 8).Menengah Atas
sifat kalis agihandistributive propertySifat operasi pendaraban yang membolehkan hasil pendaraban terhadap satu set nombor sama dengan hasil darab nombor ahli set tersebut secara berasingan. Contohnya, 2 (3 + 4) = 2 × 3 + 2 × 4.Menengah Atas

Kembali ke atas