orientasi | orientation | Hala sesuatu. Contohnya, arah jam, lawan arah jam, sebelah kiri dan sebelah kanan. | Menengah Rendah |
songsang sisi | laterally inverted | Perihal imej cermin yang sebelah kanan objek menjadi sebelah kiri imej dan sebaliknya. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
perpuluhan berakhir | terminating decimal | Perpuluhan yang bilangan digit di sebelah kanan titik perpuluhan adalah terhingga. Contohnya, 0.123 dan 231.7023. | Menengah Rendah |
sisi sebelah | adjacent side | Dua sisi yang bertemu pada satu bucu tertentu pada poligon. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
tempat perpuluhan | decimal place | Kedudukan digit di sebelah kanan selepas titik perpuluhan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
sudut bersebelahan | adjacent angles | Dua sudut yang letaknya sebelah-menyebelah pada suatu garis lurus. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
sukuan pertama | first quadrant | Suku bahagian yang terletak di sebelah kanan atas dalam lingkungan paksi koordinat. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
kosinus | cosine | Fungsi yang menyatakan nisbah panjang sisi sebelah sesuatu sudut terhadap panjang hipotenus segi tiga bersudut tegak. Singkatannya, kos. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
tangen | tangent | Fungsi yang menyatakan nisbah panjang sisi bertentangan sudut terhadap panjang sisi sebelah sudut pada suatu segi tiga bersudut tegak. Singkatannya, tan. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
sudut bertentangan bucu | vertically opposite angles | Pasangan sudut yang terbentuk oleh sepasang garis yang bersilang, dan yang terletak di sebelah bertentangan titik persilangan. Lihat Contoh | Menengah Rendah |