Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ring.git] | ريڠݢيت

Definisi : 1. mata wang yg bernilai 100 sen: wang ~; R~ Malaysia (dgn simbol RM) unit mata wang Malaysia, mis RM20.00 dan RM320.00; 2. Id mata wang atau wang drpd perak yg bernilai 2.5 rupiah, digunakan pd zaman penjajahan Belanda; beringgit-ringgit beberapa ringgit, banyak ringgit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ring.git] | ريڠݢيت

Definisi : gerigi atau rigi-rigi (pd tepi roda pemetik api dll); beringgit, beringgit-ringgit bergerigi, be­rigi-rigi; meringgiti membuat ringgit-ringgit (pd besi dll); besi baik diringgiti prb perihal sesuatu yg sudah baik dibaiki lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ring.git] | ريڠݢيت

Definisi : mata wang yg bernilai seratus sen: ~ Malaysia. seringgit seratus sen; satu ringgit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ringgit

Puisi
 

Orang Boyan balik ke Boyan,
     Bawa duit satu ringgit;
Niat hati nak getah bayan,
     Tergetahlah mari burung serindit.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Besi baik dibajai (= diringgiti).

Bermaksud :

Barang baik, diperbaiki lagi. ringgit = rigi-rigi.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
mata wangcurrencyJenis atau unit wang yang digunakan di sesebuah negara seperti Ringgit Malaysia (bagi Malaysia), Rupiah (bagi Indonesia). Lihat ContohMenengah Rendah
mata wangcurrencyUnit wang yang digunakan di sesebuah negara. Contohnya, Malaysia menggunakan mata wang Ringgit Malaysia (RM) dan Indonesia menggunakan mata wang Rupiah (Rp).Menengah Atas

Kembali ke atas