faktor | factor | Nombor, sebutan atau ungkapan algebra yang membahagi dengan tepat suatu nombor, sebutan atau ungkapan yang diberi. Contohnya, 4 ialah salah satu faktor bagi 12, 4x ialah salah satu faktor bagi 12x² dan (x + 1) ialah salah satu faktor bagi (x² – 1). | Menengah Atas |
segi tiga bersudut tegak | right-angled triangle | Segi tiga yang salah satu sudutnya 90°, dikenali juga sebagai segi tiga bersudut tepat. Lihat rajah | Menengah Atas |
segi tiga bersudut cakah | obtuse-angled triangle | Segi tiga yang salah satu sudutnya lebih daripada 90° tetapi kurang daripada 180°. Lihat rajah | Menengah Atas |
segi tiga bersudut tegak | right-angled triangle | Segi tiga yang salah satu sudutnya 90°. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
segi tiga bersudut cakah | obtuse-angled triangle | Segi tiga dengan salah satu sudutnya lebih daripada 90°, tetapi kurang daripada 180°. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
kaedah penghapusan | elimination method | Kaedah untuk menyelesaikan persamaan serentak dengan menghapuskan salah satu pemboleh ubah. | Menengah Rendah |
kaedah penghapusan | elimination method | Kaedah untuk menyelesaikan sistem persamaan serentak dengan menghapuskan salah satu pemboleh ubah. | Menengah Atas |
sukuan | quadrant | 1. Suku sesuatu bulatan, sama ada sebagai lengkung ataupun kawasan. 2. Salah satu bahagian apabila satah dibahagikan kepada empat bahagian dengan sepasang paksi koordinat. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
puncak | apex | Titik tertinggi sesuatu objek yang diukur dari bahagian tapaknya. Puncak ialah salah satu daripada bucu. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |