hubungan satu kepada satu | one to one relation | Padanan antara satu unsur dalam domain dengan satu unsur dalam kodomain. Lihat rajah | Menengah Atas |
padanan satu dengan satu | one-to-one correspondence | Hubungan yang menentukan kedudukan satu titik pada objek ke satu titik tertentu pada imej. | Menengah Rendah |
satu perempat | one quarter/one over four | Satu bahagian daripada empat bahagian yang sama besar. Satu perempat ditulis sebagai . Satu perempat dikenali juga sebagai suku. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
satu perdua | one half/one over two | Satu bahagian daripada dua bahagian yang sama besar. Satu perdua ditulis sebagai . Satu perdua dikenali juga sebagai setengah atau separuh. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
garis | line | Tanda lurus atau melengkung yang terhasil apabila satu titik bergerak dari satu kedudukan ke satu kedudukan lain. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
lokus | locus | Surihan atau lintasan yang dibentuk oleh satu set titik dalam satu satah atau ruang tiga dimensi yang memenuhi satu syarat atau lebih. | Menengah Atas |
satu putaran lengkap | one whole turn | Satu pusingan lengkap yang bersamaan dengan 360°. | Menengah Atas |
hasil bahagi | quotient | Nilai yang diperoleh apabila satu angka dibahagikan dengan satu angka yang lain. Contohnya, hasil bahagi 64 ÷ 4 ialah 16. | Menengah Atas |
hasil bahagi | quotient | Nilai yang diperoleh apabila satu nombor dibahagi dengan satu nombor lain. Contohnya, 45 ÷ 3 = 15, 15 ialah hasil bahagi. | Menengah Rendah |
baki | remainder | Sebarang nilai yang tinggal apabila satu nombor dibahagikan dengan satu nombor yang lain. Contohnya, 7 ÷3 = 2 dengan baki 1 . Lihat Contoh | Menengah Rendah |