susutan | decrement | Pengurangan suatu kuantiti sebanyak nilai yang ditentukan. | Menengah Atas |
kuasa tiga | cube | "Nilai yang didapati jika satu nombor didarabkan sebanyak 3 kali. Contohnya, kuasa tiga bagi empat ditulis sebagai 4³. 4³ = 4 × 4 × 4 = 64 | Menengah Atas |
tambah berulang | repeated addition | Operasi menambahkan kuantiti yang sama kepada nombor yang diberikan sebanyak bilangan tertentu. Contohnya, mencari jawapan kepada 3 × 4 ialah 4 + 4 + 4 = 12. | Menengah Rendah |
punca kuasa tiga | cube root | Perihal nombor yang didarabkan dengan nombor itu sendiri sebanyak dua kali akan menghasilkan nombor yang diberi. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
punca kuasa dua | square root | Perihal nombor yang didarabkan dengan nombor itu sendiri sebanyak sekali akan menghasilkan nombor yang diberi. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
kuasa tiga | cube | Nombor yang menunjukkan sesuatu nombor didarabkan dengan nombor itu sendiri sebanyak dua kali. Contohnya, kuasa tiga bagi 4 ditulis sebagai 4³, yang bermakna 4 × 4 × 4. | Menengah Rendah |
isi padu kisaran | volume of revolution | Isi padu imej yang terbentuk apabila rantau berlorek berputar pada paksi-x atau paksi-y sebanyak 360°. Lihat rajah | Menengah Atas |