Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Mat) rajah yg mempunyai tiga sempadan (sisi) atau tiga sudut; ~ cakah segi tiga yg satu drpd sudutnya sudut cakah (melebihi 90° bukanya); ~ dua sama segi tiga yg dua sempadannya sama panjang; ~ sama segi tiga yg ketiga-tiga sempadannya sama panjang; ~ sebentuk (beberapa) segi tiga yg sama bentuk dan buka sudutnya tetapi tidak sama sempadannya; ~ serba sama (beberapa) segi tiga yg sama besar sempadan dan sudut-nya; ~ tak sama segi tiga yg mempunyai satu sudut tepat (90°); ~ tirus segi tiga yg semua sudutnya sudut tirus (kurang drpd 90°). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : rajah yg mempunyai tiga sem­padan dan tiga sudut yg berjumlah 180o. ~ bersudut cakah segi tiga yg salah satu sudutnya melebihi 90o. ~ bersudut tirus segi tiga yg setiap sudutnya ber­nilai kurang drpd 90o tetapi jumlah keseluruhannya ialah 180o. ~ dua sama segi tiga yg mempunyai dua sempadan yg sama panjang. ~ sama segi tiga yg ketiga-tiga sempadannya sama panjang. ~ serba sama dua segi tiga atau lebih yg sama ukuran sempadan dan sudutnya. ~ tak sama segi tiga yg ketiga-tiga sempadannya tidak sama panjang. ~ tepat segi tiga yg mempunyai satu sudut tepat, iaitu yg bernilai 90o. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segi (kata nama)
1. Bersinonim dengan tepi: sisi, sanding, penjuru, sudut, bucu, hujung, juring, birai,

2. Bersinonim dengan sudut pandangan: aspek, dasar pandangan,

3. Bersinonim dengan lajur: kolum, jurai, petak, pias, garis lebar, ruang panjang,

Kata Terbitan : bersegi,


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
segi tiga bersudut tegakright-angled triangleSegi tiga yang salah satu sudutnya 90°, dikenali juga sebagai segi tiga bersudut tepat. Lihat rajahMenengah Atas
nombor segi tigatriangular numberNombor 1, 3, 6, 10, … merupakan nombor segi tiga kerana nombor-nombor tersebut merujuk kepada bilangan titik-titik yang disusun untuk membentuk segi tiga. Lihat rajahMenengah Atas
segi tiga PascalPascal's triangleTatasusunan pekali binomial dalam bentuk segi tiga. Setiap nombor merupakan hasil tambah dua nombor yang terletak di atasnya. Setiap baris bermula dan berakhir dengan angka 1. Segi tiga ini boleh berterusan sehingga ketakterhinggaan. Lihat rajahMenengah Atas
segi tiga sama kakiisosceles triangleSegi tiga yang mempunyai dua sisi yang sama panjang, dan dua sudut tapak yang sama saiz. Lihat rajahMenengah Atas
segi tiga sama kakiisosceles triangleSegi tiga yang mempunyai dua sisi yang sama panjang. Lihat ContohMenengah Rendah
segi tiga sama kakiisosceles triangleSegi tiga yang mempunyai dua sisi yang sama panjang dan dua sudut yang sama besar. Lihat ContohSekolah Rendah
segi tiga bersudut cakahobtuse-angled triangleSegi tiga yang salah satu sudutnya lebih daripada 90° tetapi kurang daripada 180°. Lihat rajahMenengah Atas
segi tiga bersudut tirusacute-angled triangleSegi tiga yang setiap sudutnya kurang daripada 90°. Lihat ContohMenengah Rendah
segi tiga bersudut tegakright-angled triangleSegi tiga yang salah satu sudutnya 90°. Lihat ContohMenengah Rendah
segi tiga bersudut cakahobtuse-angled triangleSegi tiga dengan salah satu sudutnya lebih daripada 90°, tetapi kurang daripada 180°. Lihat ContohMenengah Rendah
123456

Kembali ke atas