Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.ta] | سکات

Definisi : 1. sama bunyinya; 2. = seia ~ sepakat, setuju, sependirian, sependapat: dlm sebarang hal, mereka kerap ~ dan saling menyetujui; manusia ini memang tidak ~ dlm serba-serbi; 3. sama (sahaja), segaya, serupa: wasiat Bendahara kpd segala anak cucunya tiada ~, pd seorang seorang lain-lain, masing-masing pd patutnya; 4. sama (pd ukurannya, gerakannya, bentuknya, dll), tidak berbeza­ beza (berubah-ubah dsb) antara satu dgn yg lain (atau antara satu bahagiannya, ketikanya, dsb dgn yg lain): putaran roda itu sentiasa ~; gelendong itu dipusingkan dgn kadar laju ~; mencari luas rajah-rajah yg ~, spt rajah selari tepat, bulatan, dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.ta] | سکات

Definisi : 1 sama bunyinya. 2 tidak lebih atau tidak kurang; sama menyeluruh. 3 = seia ~ sama-sama setuju; sepakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,

Puisi
 

Kalau sudah tetak nipah,
     Mari kita mengambil rumbia;
Kalau sudah kujumpa ayah,
     Barulah padan seia sekata.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Rentak sedegam,
     langkah sepijak.

Bermaksud :

Seia-sekata; semuafakat. degam = bunyi gemuruh.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
poligon sekataregular polygonPoligon yang semua sisinya sama panjang dan semua sudut pedalamannya adalah sama besar. Lihat ContohMenengah Atas
poligon sekataregular polygonPoligon yang semua sisinya sama panjang dan semua sudut pedalamannya sama saiz. Lihat ContohMenengah Rendah
heksagon sekataregular hexagonPoligon yang mempunyai enam sisi yang sama panjang. Lihat ContohSekolah Rendah
poligon tak sekatairregular polygonPoligon yang bukan semua sisinya sama panjang. Lihat ContohMenengah Atas
poligon tak sekatairregular polygonPoligon yang tidak semua sisinya sama panjang. Lihat ContohMenengah Rendah
garis nombornumber lineGaris yang mempunyai penanda yang berjarak sekata. Penanda tersebut mewakili nombor yang disusun secara tertib. Lihat ContohMenengah Rendah
sifatpropertyCiri sepunya yang terdapat pada set nombor, bentuk geometri dan penjelmaan. Contohnya, sifat pentagon sekata ialah mempunyai lima sisi dan lima sudut yang sama.Menengah Atas
sifatpropertyCiri yang dimiliki oleh sesuatu, seperti warna, ketinggian, berat dan seumpamanya. Contohnya, sifat sesuatu pentagon sekata ialah mempunyai 5 sisi dan 5 sudut yang sama.Menengah Rendah

Kembali ke atas