faktor sepunya | common factor | Nombor yang membahagi dengan tepat dua atau lebih nombor lain. Contohnya, 4 ialah faktor sepunya bagi 16 dan 20. | Menengah Rendah |
gandaan sepunya | common multiple | Nombor yang merupakan gandaan kepada dua nombor atau lebih. Contohnya, 6, 12, 18 ialah gandaan sepunya bagi 2 dan 3. | Menengah Rendah |
sepunya | common | Perihal sesuatu yang umum atau mempunyai sifat-sifat yang serupa. | Menengah Rendah |
faktor sepunya | common factor | Faktor yang membahagi dengan tepat dua atau lebih nombor atau ungkapan algebra yang lain. Lihat Contoh | Menengah Atas |
penyebut sepunya | common denominator | Penyebut yang sama bagi sebilangan nombor pecahan. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
nisbah sepunya | common ratio | Nisbah antara setiap dua sebutan yang berturutan dalam sesuatu urutan geometri. | Menengah Rendah |
sifat | property | Ciri sepunya yang terdapat pada set nombor, bentuk geometri dan penjelmaan. Contohnya, sifat pentagon sekata ialah mempunyai lima sisi dan lima sudut yang sama. | Menengah Atas |
persilangan set | intersection of sets | Set unsur-unsur sepunya bagi dua atau lebih set yang berbeza. Persilangan digambarkan dengan simbol ∩. Lihat Contoh | Menengah Atas |