faedah | interest | Keuntungan yang diperoleh apabila seseorang menyimpan wang di dalam bank dalam akaun jenis tertentu, atau bayaran tambahan kepada bank apabila seseorang meminjam wang daripada bank. | Menengah Rendah |
faedah | interest | 1. Keuntungan yang diperoleh apabila seseorang menyimpan wang di dalam bank. 2. Bayaran tambahan kepada institusi kewangan yang perlu dibayar apabila seseorang meminjam wang dalam tempoh tertentu. | Menengah Atas |
bankrap | bankrupt | Keadaan seseorang yang berada dalam kerugian dan tidak mampu menyelesaikan hutang. Bankrap dikenali juga sebagai muflis. | Sekolah Rendah |
komisen | commission | Upah yang diberikan kepada seseorang apabila berjaya menjual sesuatu barang. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
tukaran | exchange | Proses memberikan sesuatu benda kepada seseorang dan menerima sesuatu benda lain yang sama nilainya. | Sekolah Rendah |
hutang | debt | Pinjaman yang perlu dibayar oleh seseorang. | Sekolah Rendah |
faedah | interest | Sejumlah wang yang diperoleh apabila seseorang menyimpan wang di dalam bank. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
harta | property | Barang-barang berharga yang dimiliki oleh seseorang. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
faedah mudah | simple interest | Sejumlah wang yang diperoleh apabila seseorang menyimpan wang di dalam bank dalam tempoh tertentu. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
aset | asset | Harta yang bernilai seperti barang, kenderaan, rumah, kedai, dan tanah yang dimiliki oleh seseorang atau sesebuah syarikat. | Sekolah Rendah |