kadar | rate | Hubungan antara sesuatu kuantiti atau nilai terhadap sesuatu kuantiti atau nilai yang lain. Kuantiti atau nilai diukur dalam unit yang berbeza. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
tukaran | exchange | Proses memberikan sesuatu benda kepada seseorang dan menerima sesuatu benda lain yang sama nilainya. | Sekolah Rendah |
tembereng | segment | 1. Bahagian sesuatu garis lurus dengan panjang tertentu. 2. Bahagian sesuatu bulatan yang dihadkan oleh suatu lengkok dan perentas yang menghubungkan kedua-dua hujung lengkok berkenaan. 3. Bahagian sesebuah bongkah yang dipotong oleh suatu satah. | Menengah Rendah |
sifat | property | Ciri yang dimiliki oleh sesuatu, seperti warna, ketinggian, berat dan seumpamanya. Contohnya, sifat sesuatu pentagon sekata ialah mempunyai 5 sisi dan 5 sudut yang sama. | Menengah Rendah |
kesudahan yang mungkin | possible outcome | Hasil tertentu yang diperoleh apabila melakukan sesuatu uji kaji atau apabila sesuatu peristiwa berlaku. Contohnya, dalam uji kaji melambung sekeping duit syiling adil, kesudahan yang mungkin sama ada permukaan 'angka' atau permukaan 'gambar' syiling berada di sebelah atas. | Menengah Atas |
tokok | increase | Perubahan sesuatu menjadi lebih besar dari segi saiz, amaun atau nilai. | Menengah Atas |
terhingga | finite | Perihal sesuatu seperti masa, ruang, tahap atau magnitud yang ada hadnya. | Menengah Atas |
terbitan | derivative | Perubahan sesuatu fungsi apabila inputnya mengalami perubahan. Contohnya, jika f(x) = x4, maka f (x) = 4x³. | Menengah Atas |
pelan | plan | Lakaran sesuatu objek yang terletak pada satah mengufuk dan dipandang dari atas. | Menengah Atas |
linear | linear | Perihal sesuatu yang berkaitan dengan atau berbentuk garisan lurus. | Menengah Atas |