Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[stan.dard] | ستندرد

Definisi : 1. Id panji-panji; 2. Id penopang yg berkaki (pd tiang bendera dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[stan.dard] | ستندرد

Definisi : 1. sesuatu yg diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar utk mengukur (menilai dsb) sesuatu yg lain (spt berat, isi padu, nilaian wang, mutu, dll), piawai: supaya tinggi mutu barangnya, tiap-tiap pengilang cuba me­nentukan supaya barang keluarannya itu memenuhi ~ yg tertentu; 2. taraf (kehidupan); 3. sesuatu yg dianggap tetap nilainya sehingga dapat digunakan sbg ukuran nilai (harga): ~ emas; 4. (bentuk bahasa, ejaan, dsb) yg betul (selaras) dan diterima oleh semua penuturnya, baku: bahasa (ejaan) ~; menstandardkan menjadikan standard (bahasa, ejaan, dsb), membakukan: usaha-usaha utk ~ bahasa Melayu telah lama dijalankan oleh DBP; penstandardan perihal menstandardkan, standardisasi, pembakuan: ~ tatabahasa bahasa Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[stan.dard] | ستندرد

Definisi : 1 bendera rasmi bagi seseorang raja atau ketua negara. 2 sesuatu yg dijadikan dasar utk sukatan (berat, panjang dll); piawai. 3 taraf atau darjah kebaikan sesuatu. 4 dpt diterima sbg yg rasmi atau yg sah (bkn ejaan dsb); baku: bahasa ~. menstandardkan menjadikan standard: ~ bahasa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata standard


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
bentuk piawaistandard formKaedah piawai untuk menulis nombor nyata. Melalui tatatanda saintifik, semua nombor nyata ditulis dalam bentuk A×10n, dengan 1 ≤ A < 10 dan n merupakan integer. Contohnya, 351 ditulis sebagai 3.51 × 10² dalam bentuk piawai.Menengah Atas
unit piawaistandard unitUnit ukuran yang dipersetujui di peringkat antarabangsa. Lihat ContohSekolah Rendah
unit bukan piawainon-standard unitUnit ukuran yang tidak menggunakan alat ukuran yang standard. Lihat ContohSekolah Rendah

Kembali ke atas