Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : singkatan bagi tidak; ~kan tidak akan, tidak mung­kin; ~ apa a) tidak mengapa; b) tidak ada apa-apa; acuh ~ acuh tidak ambil peduli; ~ mboh Tr tidak mahu: Meli ~ mboh ajak kamu pergi melihat perlawanan bola sepak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tak I

Puisi
 

Nasi tak dingin pinggan tak retak,
     Anak tekukur terbang ke mana;
Orang tak ingin hamba tak hendak,
     Orang tak tegur hamba tak tanya.


Lihat selanjutnya...(814)
Peribahasa

Kalau tak sir berdegak,
     sir melayang.

Bermaksud :

Jika barang yang diinginkan tidak diperolehi maka hilanglah daya upaya. tak sir = tak indah, tak mahu (Kelantan); berdegak = bunyi seperti menelan air atau bunyi jantung.

 

Lihat selanjutnya...(570)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
persamaan tak linearnon-linear equationPersamaan yang melibatkan ungkapan tak linear. Contohnya, 2x² + 4x = 1.Menengah Rendah
persamaan tak linearnon-linear equationPersamaan yang terdiri daripada ungkapan tak linear. Contohnya, 4x² + 5x = 1.Menengah Atas
nombor tak nisbahirrational numberNombor yang tidak dapat dinyatakan sebagai hasil bahagi dua integer. Bahagian perpuluhan nombor ini tak terhingga dan tidak berulang.Menengah Atas
pemboleh ubah tak bersandarindependent variablePemboleh ubah yang selain daripada perkara rumus. Contohnya, P = 4x dengan x ialah pemboleh ubah tak bersandar.Menengah Rendah
pemboleh ubah bersandardependent variablePemboleh ubah yang nilainya bergantung pada nilai pemboleh ubah tak bersandar. Contohnya, dalam rumus y = x + 2, pemboleh ubah bersandar ialah y dan pemboleh ubah tak bersandar ialah x.Menengah Atas
tak tertakrifundefinedPerihal sesuatu yang tidak dapat ditentukan nilainya. Contohnya, operasi bahagi dengan sifar.Menengah Atas
tak terhinggainfinitePerihal sesuatu seperti masa, ruang, tahap atau magnitud yang tidak ada hadnya.Menengah Atas
tak tertakrifundefinedPerihal sesuatu yang tidak ditentukan nilainya. Contohnya, operasi bahagi dengan angka kosong.Menengah Rendah
tak terhinggainfinitePerihal sesuatu yang tidak ada hadnya.Menengah Rendah
tak seragamnon-uniformPerihal tidak sama dari segi jenis dan bentuk dalam konteks kualiti atau kuantiti, iaitu tidak malar.Menengah Atas
12345

Kembali ke atas