tanda serupa | like signs | Tanda yang serupa dalam sesuatu ungkapan. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
tanda tak serupa | unlike signs | Tanda yang berbeza dalam sesuatu ungkapan. Contohnya, + dan -, × dan ÷. | Menengah Rendah |
tanda kurung | bracket | Simbol untuk mengelompokkan beberapa nombor dalam kelompok yang sama. Tanda kurung digunakan secara berpasangan. Contohnya, ( ), { }, [ ]. | Menengah Rendah |
sebutan | term | Bahagian dalam sesuatu ungkapan atau siri yang dipisahkan oleh tanda + atau -, atau bahagian-bahagian dalam satu jujukan yang dipisahkan oleh tanda koma. Contohnya, dalam ungkapan 5a³ - 2xy + 3, sebutannya terdiri daripada 5a³, -2xy, dan 3, dalam jujukan 2, 5, 8, sebutannya terdiri daripada 2, 5 dan 8. | Menengah Atas |
nombor berarah | directed number | Nombor dengan tanda positif (+) atau negatif (−). Contohnya, −3 merupakan nombor negatif 3 manakala +10 merupakan nombor positif 10. Lazimnya, nombor positif tidak diletakkan tanda (+). | Menengah Atas |
tanda operasi/pengoperasi | operator | Simbol atau huruf untuk mewakili satu proses atau operasi matematik. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
tanda kurung | bracket | Simbol ( ) untuk mengelompokkan beberapa nombor dalam operasi bergabung. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
tanda sama dengan | equal signs | Simbol matematik yang menunjukkan kesamaan. Simbol ini ialah =. | Menengah Rendah |
titik | point | Tanda noktah yang tidak mempunyai dimensi dan digunakan untuk menunjukkan kedudukan dalam satu satah atau ruang. | Menengah Atas |
titik | point | Tanda seperti noktah yang tidak mempunyai dimensi yang digunakan untuk menunjukkan kedudukan dalam sesuatu satah atau ruang. | Menengah Rendah |