altitud | altitude | 1. Jarak serenjang dari bucu ke tapak. 2. Jarak serenjang dari bucu ke tapak bagi segi tiga. 3. Jarak serenjang antara garis selari bagi segi empat selari. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
altitud | altitude | 1. Jarak serenjang dari bucu ke tapak kon. 2. Jarak serenjang dari bucu ke tapak segi tiga. 3. Jarak serenjang antara dua garis selari dalam segi empat selari. Lihat Contoh | Menengah Atas |
prisma | prism | Polihedron yang mempunyai dua permukaan selari dan kongruen (tapak), permukaan yang lain ialah segi empat selari yang terbentuk dengan pasangan bucu yang sepadan dengan dua tapak itu. Lihat rajah | Menengah Atas |
tapak | base | Sisi atau muka yang digunakan sebagai rujukan untuk tinggi atau altitud sesuatu bentuk geometri. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
tapak | base | Bahagian paling bawah atau dasar sesuatu objek. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
luas tapak | base area | Luas bahagian paling bawah sesuatu bentuk, pepejal atau objek tiga dimensi. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
luas tapak | base area | Luas permukaan paling bawah sesuatu bentuk tiga dimensi. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
ketinggian | height | Ukuran sesuatu objek dari tapak (bawah) hingga ke puncak (atas). Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
piramid segi tiga | triangular pyramid | Piramid yang tapak dan setiap mukanya berbentuk segi tiga. Piramid ini dikenali juga sebagai tetrahedron. Lihat rajah | Menengah Atas |
kon | cone | Pepejal yang mempunyai satu bucu dengan tapak berbentuk bulat. Lihat Contoh | Menengah Rendah |