tempoh | duration | Masa dari mula hingga akhir peristiwa. | Sekolah Rendah |
masa | time | Tempoh dari waktu lalu ke waktu sekarang hingga waktu depan yang dapat diukur dengan menggunakan jam atau alat pengira masa yang lain. | Menengah Rendah |
masa | time | Tempoh yang dinyatakan dalam unit seperti saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
hari | day | Tempoh selama 24 jam, dari tengah malam hingga tengah malam hari yang berikutnya. 1 hari = 24 jam. | Sekolah Rendah |
dekad | decade | Tempoh selama 10 tahun. 1 dekad = 10 tahun. | Sekolah Rendah |
alaf | millennium | Tempoh selama 1 000 tahun. Alaf dikenali juga sebagai milenium. 1 alaf = 1 000 tahun. | Sekolah Rendah |
abad | century | Tempoh selama 100 tahun. Abad dikenali juga sebagai kurun. 1 abad = 100 tahun. | Sekolah Rendah |
hari | day | Unit tempoh bumi melengkapkan satu putaran pada paksinya. 1 hari = 24 jam. | Menengah Rendah |
selang masa | time interval | Tempoh masa antara dua peristiwa. | Menengah Atas |
hari | day | Unit bagi tempoh masa bumi melengkapkan satu putaran pada paksinya, iaitu 24 jam. | Menengah Atas |