sudut pedalaman | interior angle | 1. Sudut yang terbentuk oleh dua sisi bersebelahan di dalam sesuatu poligon. 2. Sudut yang terbentuk oleh rentasan lintang bagi dua garis, dan terletak di antara kedua-dua garis berkenaan. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
sudut pedalaman | interior angle | 1. Sudut yang terbentuk oleh dua sisi bersebelahan di dalam satu poligon. Lihat contoh 2. Sudut yang terbentuk oleh rentasan lintang bagi dua garis, dan terletak di pedalaman kedua-dua garis berkenaan. Lihat Contoh | Menengah Atas |
unjuran ortogon | orthogonal projection | Imej yang terbentuk pada satu satah hasil daripada unjuran garis dari objek yang serenjang dengan satah tersebut. Lihat rajah | Menengah Atas |
sudut positif | positive angle | Sudut yang terbentuk jika diukur mengikut arah lawan jam bermula dari paksi-x. Lihat rajah | Menengah Atas |
satah koordinat | coordinate plane | Satah yang terbentuk oleh dua garis nombor yang bersilang pada asalan. | Menengah Rendah |
sudut sepadan | corresponding angle | Pasangan sudut yang terbentuk apabila dua garis selari dipotong oleh satu garis. Kedua-dua sudut ini sama besarnya. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
sudut putaran | angle of rotation | Sudut yang terbentuk apabila suatu garis diputarkan dari satu kedudukan asal ke satu kedudukan baru. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
sudut pedalaman bertentangan | interior opposite angles | Sudut yang terbentuk oleh dua sisi yang bertentangan dalam satu poligon. Lihat Contoh | Menengah Atas |
sudut berselang-seli | alternate angle | Dua sudut yang terbentuk apabila satu garis bersilang dengan dua garisan selari yang lain. Sudut berselang-seli akan mempunyai darjah yang sama. Lihat rajah | Menengah Atas |
sudut berselang-seli | alternate angles | Dua sudut yang terbentuk apabila satu garis bersilang dengan dua garisan yang lain, pada sebelah yang bertentangan dengan garis mengufuk dan bertentangan antara satu sama lain. Jika kedua-dua garisan yang bersilang selari, sudut berselang-seli akan mempunyai darjah yang sama. Lihat Contoh | Menengah Rendah |