julat | range | Perbezaan antara nilai terbesar dengan terkecil dalam satu set data. Rumus julat: julat = nilai terbesar – nilai terkecil, atau: nilai maksimum – nilai minimum. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
terbesar | biggest/largest | Nilai nombor atau jumlah yang paling besar dalam sesuatu kumpulan nombor. | Sekolah Rendah |
had atas | upper limit | Nilai terbesar bagi satu kelas data. Contohnya, bagi kelas umur 20 – 39 tahun, 39 merupakan had atas. | Menengah Atas |
amplitud | amplitude | Nilai mutlak yang terbesar bagi fungsi yang berkala. Contohnya, amplitud bagi fungsi sinus ialah 1. Lihat Contoh | Menengah Atas |
julat | range | Beza antara nilai yang terkecil dengan nilai terbesar dalam satu set data. | Menengah Rendah |
tertib menurun | descending order | Susunan nombor daripada nilai yang terbesar kepada nilai yang terkecil. Nilainya semakin menurun. | Sekolah Rendah |
julat | range | 1. Dalam statistik, julat ialah perbezaan antara nilai yang terbesar dengan nilai yang terkecil dalam suatu set data. 2. Dalam hubungan, julat ialah subset kodomain yang merupakan imej bagi objek dalam domain. | Menengah Atas |
tertib menaik | ascending order | Susunan nombor daripada nilai yang terkecil kepada nilai yang terbesar. Nilainya semakin meningkat. | Sekolah Rendah |