Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.di.ri] | ترديري

Definisi : 1. (telah sedia) berdiri atau didirikan, (tiba-tiba, masih) berdiri: perempuan muda yg sedang menaiki tangga itu terhenti dan ~ apabila namanya dipanggil; berhambuslah segera, aku benci melihat muka-muka pengecut ~ di hadapanku; 2. telah didirikan (dibina, dibangunkan), terbina, terbangun: di kiri kanan lorong sempit itu, ~ beberapa buah rumah; 3. sl dapat bertahan: maka segala rakyat Indera Puri Negara dgn hulubalang empat itu lalu pecah tiada ~ lagi lalu larilah datang kpd Sardal dan Kamdakata; ~ drpd terbentuk (terjadi, ter­jalin) drpd: mereka yg menyerang dan merompak itu ~ drpd pe­muda-pemuda yg telah rosak akhlak; penaja perkumpulan ini hanya ~ drpd dua orang sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.di.ri] | ترديري

Definisi : 1 (tiba-tiba) berdiri atau didirikan: Sedang ia berjalan, ia berhenti dan ~ kerana terdengar akan suara orang meminta tolong. 2 (telah) didirikan atau dibina; terbina: Banyak bangunan tinggi yg ~ di tengah bandar itu. 3 (telah) dibentuk (ditubuhkan); terbentuk; tertubuh: Dlm tahun 1930, ~ sebuah persatuan panah diraja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terdiri


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sebutantermBahagian dalam sesuatu ungkapan atau siri yang dipisahkan oleh tanda + atau -, atau bahagian-bahagian dalam satu jujukan yang dipisahkan oleh tanda koma. Contohnya, dalam ungkapan 5a³ - 2xy + 3, sebutannya terdiri daripada 5a³, -2xy, dan 3, dalam jujukan 2, 5, 8, sebutannya terdiri daripada 2, 5 dan 8.Menengah Atas
piktografpictographRajah yang terdiri daripada gambar atau simbol bagi mewakili sesuatu kuantiti atau sekumpulan data. Lihat ContohSekolah Rendah
polihedronpolyhedronPepejal yang permukaannya terdiri daripada satah poligon. Lihat rajahMenengah Atas
parabolaparabolaLengkung khusus yang terdiri daripada set semua titik pada satah yang sama jarak dari titik fokus, Fdan garis arah (direktriks). Lihat rajahMenengah Atas
polihedronpolyhedronPepejal yang permukaannya terdiri daripada poligon. Lihat ContohMenengah Rendah
trinomialtrinomialUngkapan algebra yang hanya terdiri daripada tiga sebutan yang dihubungkan dengan operasi + atau - . Contohnya, 5x + 3y - 7.Menengah Atas
persamaan linearlinear equationPersamaan yang terdiri daripada ungkapan linear. Bentuk am persamaan linear ialah ax + by + c = 0, dengan a≠ 0 dan b≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 1.Menengah Atas
nombor bercampurmixed numberNombor yang terdiri daripada nombor bulat dan pecahan.Menengah Atas
sistem nombornumber systemSistem yang terdiri daripada satu set lambang yang tertentu dan nombor-nombor yang mewakilinya disertai dengan peraturan untuk membentuk nombor yang lebih besar menggunakan simbol-simbol tersebut.Menengah Rendah
nombor bulatwhole numberNombor yang terdiri daripada 0, 1, 2, 3, ... . Pecahan, nombor perpuluhan dan nombor bertanda negatif bukan nombor bulat.Menengah Rendah
123

Kembali ke atas