garis nombor | number line | Garis yang mempunyai penanda yang berjarak sekata. Penanda tersebut mewakili nombor yang disusun secara tertib. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
purata | average | Nilai yang diperoleh apabila jumlah sesuatu kuantiti dibahagikan dengan bilangan kuantiti tersebut. | Menengah Rendah |
purata | average | Nilai yang diperoleh dengan membahagikan jumlah sebilangan kuantiti dengan bilangan kuantiti tersebut. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
kira hampir | approximate | Nilai yang bukan nilai sebenar tetapi sangat hampir dengan nilai tersebut, dan boleh diterima. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
tentu sah | verify | Proses untuk memastikan penyelesaian satu masalah adalah betul dengan memastikan jawapan tersebut memenuhi semua persamaan atau ketaksamaan dalam masalah yang berkenaan. Contohnya, tentu sahkan bahawa x = 3 merupakan penyelesaian kepada persamaan x² - 5x + 6 = 0. Apabila digantikan x = 3 ke dalam persamaan 3² - 5(3) + 6 = 0, maka 9 - 15 + 6 = 0. Oleh itu, 0 = 0 adalah sah. | Menengah Atas |
bentuk kembangan | expanded form | Cara menulis nombor yang menunjukkan nilai setiap digit dalam nombor tersebut. Contohnya, bentuk kembangan 237 ialah 200 + 30 +7. | Menengah Atas |
piramid tegak | right pyramid | Piramid yang bucunya berada tepat di atas pusat tapak piramid tersebut. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
nombor segi tiga | triangular number | Nombor 1, 3, 6, 10, … merupakan nombor segi tiga kerana nombor-nombor tersebut merujuk kepada bilangan titik-titik yang disusun untuk membentuk segi tiga. Lihat rajah | Menengah Atas |
jejari | radius | Garis lurus yang menghubungkan pusat bulatan atau sfera dengan titik pada lilitan bulatan atau sfera tersebut. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
isometri | isometry | Penjelmaan yang mengekalkan jarak di antara dua titik pada objek asal dengan jarak dua titik tersebut pada imejnya, yang juga menyebabkan objek dan imej adalah kongruen. Contohnya, translasi, pantulan, dan putaran. | Menengah Rendah |