tembereng | segment | 1. Bahagian suatu bulatan yang disempadani oleh satu lengkok dan perentas yang menghubungkan kedua-dua hujung lengkok tersebut. 2. Rantau yang disempadani oleh satu lengkok dan perentas dalam suatu bulatan. | Menengah Atas |
taburan | distribution | 1. Susunan relatif suatu set nombor. 2. Satu set nilai bagi satu pemboleh ubah, dan kekerapan setiap nilai tersebut. | Menengah Atas |
nombor segi tiga | triangular number | Nombor 1, 3, 6, 10, … merupakan nombor segi tiga kerana nombor-nombor tersebut merujuk kepada bilangan titik-titik yang disusun untuk membentuk segi tiga. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajah | Menengah Atas |
purata | average | Nilai yang diperoleh dengan membahagikan jumlah sebilangan kuantiti dengan bilangan kuantiti tersebut. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
piramid tegak | right pyramid | Piramid yang bucunya berada tepat di atas pusat tapak piramid tersebut. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Contoh | Menengah Rendah |
kira hampir | approximate | Nilai yang bukan nilai sebenar tetapi sangat hampir dengan nilai tersebut, dan boleh diterima. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
garis nombor | number line | Garis yang mempunyai penanda yang berjarak sekata. Penanda tersebut mewakili nombor yang disusun secara tertib. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Contoh | Menengah Rendah |
jejari | radius | Garis lurus yang menghubungkan pusat bulatan atau sfera dengan titik pada lilitan bulatan atau sfera tersebut. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Contoh | Menengah Rendah |
diameter | diameter | Garis lurus yang menghubungkan dua titik pada lilitan bulatan atau sfera dan melalui pusat bulatan atau sfera tersebut. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajah | Menengah Atas |
unjuran ortogon | orthogonal projection | Imej yang terbentuk pada satu satah hasil daripada unjuran garis dari objek yang serenjang dengan satah tersebut. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajah | Menengah Atas |