Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.tib] | ترتيب

Definisi : 1. peraturan yg baik dan telah ditetap­kan, aturan (yg harus dipatuhi); tata~ peraturan-peraturan yg mesti dipatuhi; 2. mengikut peraturan, teratur dan rapi: segala sesuatu berjalan dgn ~; 3. dgn sopan santun, dgn majlis, dgn sepatutnya: sangat ~nya barang kelakuannya; ~ acara a) peraturan mengenai segala sesuatu yg bertalian dgn perbincangan dlm mesyuarat dll; b) acara, agenda; ~ hukum Id aturan yg berkaitan dgn undang-undang; ~ nikah aturan dlm nikah; ~ sembahyang aturan dlm sem-bahyang; ~ sopan sopan santun; bertertib mengikut tertib, teratur, sopan: apabila sampai ke rumah Pawang Dolah kau semua hendaklah duduk ~, bersopan santun; menertibkan menjadikan tertib, mengatur, merapikan: kpd tenteralah orang kampung menoleh guna ~ hukum; ketertiban 1. peraturan (dlm masyarakat dll), aturan: atas nama ~ rumah makan ini, engkau kuusir; 2. = adat ~ kelakuan yg baik dlm pergaulan, kesopanan: perbuatan yg kita lakukan demikian adalah melanggar ~ negara timur ini; 3. keadaan yg rapi, kerapian; penertiban perihal menertibkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.tib] | ترتيب

Definisi : 1 peraturan yg baik yg patut diturut. 2 mengikut peraturan atau susunan yg telah ditetapkan; teratur dgn rapinya: Segalanya telah berjalan dgn ~. Susun angka ini mengikut ~ nilainya. 3 dgn sopan santun; dgn majlis: Pemuda itu sangat ~ kelakuannya. ~ nikah peraturan dlm nikah. ~ sembahyang peraturan dlm sembahyang. bertertib 1 mengikut peraturan yg ditentukan; teratur. 2 sopan atau santun kelakuan­nya. menertibkan menjadikan tertib; merapikan. ketertiban 1 peraturan dlm masyarakat dll. 2 kelakuan yg baik; kesopanan. 3 keadaan atau hal tertib. penertiban perbuatan atau hal menertibkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tertib (adjektif)
Bersinonim dengan sopan, santun, sopan santun, beradab, beradat, bersusila, berdisiplin, bersistem, teratur;,
Kata Terbitan : bertertib, ketertiban,


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sifat kalis tukar tertibcommutative propertySifat operasi penambahan atau pendaraban yang membolehkan angka-angka dicampur atau didarabkan dalam sebarang tertib, tetapi masih menghasilkan jumlah yang sama. Contohnya, 5 + 4 = 4 + 5 dan 5 × 4 = 4 × 5 menunjukkan bahawa perubahan tertib 4 dan 5 masih menghasilkan jumlah yang sama.Menengah Atas
pasangan tertibordered pairSepasang nombor yang ditulis dalam tertib tertentu. Contohnya, dua pasangan bertertib (a, b) dan (c, d).Menengah Atas
hukum kalis tukar tertibcommutative lawHukum yang menyatakan bahawa hasil tambah atau hasil darab dua kuantiti adalah sama tanpa mengambil kira tertib kuantiti-kuantiti itu ditambah atau didarab. Contohnya, 3 + 4 = 4 + 3.Menengah Rendah
tertiborderKaedah tertentu untuk menyusun sesuatu.Menengah Atas
tertiborderKaedah tertentu untuk menyusun nombor.Menengah Rendah
tertiborderSusunan nombor atau objek mengikut urutan atau pola.Sekolah Rendah
tertib nombornumerical orderSatu set nombor yang disusun dalam urutan menaik atau menurun.Menengah Rendah
tertib menurundescending orderSusunan nombor mengikut nilai, dari besar ke kecil. Contohnya, 493, 99, 14, 2.Menengah Rendah
tertib menaikascending orderSusunan nombor mengikut nilai, dari kecil ke besar. Contohnya, 2, 14, 99, 493.Menengah Rendah
tertib menurundescending orderSusunan nombor daripada nilai yang terbesar kepada nilai yang terkecil. Nilainya semakin menurun.Sekolah Rendah
123

Kembali ke atas