puncak | apex | Titik tertinggi dari suatu garis atau satah. Contohnya, puncak segi tiga dan kon. Lihat Contoh | Menengah Atas |
puncak | apex | Titik tertinggi pada segi tiga, piramid atau kon. | Menengah Rendah |
puncak | apex | Titik tertinggi sesuatu objek yang diukur dari bahagian tapaknya. Puncak ialah salah satu daripada bucu. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
pekali pelopor | leading coefficient | Pekali yang tertinggi dalam suatu ungkapan polinomial dan dalam satu pemboleh ubah. Contohnya, dalam persamaan 4x² + 5x − 1, pekali pelopor ialah 4. | Menengah Atas |
mod | mode | Nilai yang mempunyai kekerapan tertinggi bagi suatu set data. Contohnya, mod bagi 1, 2, 4, 4, 3, 5 ialah 4. | Menengah Atas |
polinomial kubik | cubic polynomial | Polinomial yang kuasa tertinggi pemboleh ubahnya ialah 3. Contohnya, x3- 1, 4a3 - 100a2 + a - 6, dan m3n + mn. | Menengah Atas |
had kelas | class limit | Nilai terendah dan tertinggi bagi sesuatu kelas data. | Menengah Rendah |
darjah | degree | 1. Unit ukuran bagi sudut (°). Contohnya, darjah sudut tegak = 90°. 2. Kuasa tertinggi bagi pemboleh ubah dalam suatu polinomial. | Menengah Atas |
hubungan tak linear | non-linear relation | Hubungan antara y dengan x yang tidak membentuk garis lurus (linear). Kuasa tertinggi pemboleh ubah tidak boleh sama dengan 1. Lihat Contoh | Menengah Atas |
persamaan linear | linear equation | Persamaan yang terdiri daripada ungkapan linear. Bentuk am persamaan linear ialah ax + by + c = 0, dengan a≠ 0 dan b≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 1. | Menengah Atas |