nombor ganjil | odd number | Integer yang tidak boleh dibahagi tepat dengan angka 2. Contohnya, −7, −5, −3, −1, 1, 3, 5, 7, ... | Menengah Atas |
nombor ganjil | odd number | Nombor yang tidak boleh dibahagi tepat dengan 2. Contohnya, 1, 3, 5, 7, ... . | Menengah Rendah |
hubungan tak linear | non-linear relation | Hubungan antara y dengan x yang tidak membentuk garis lurus (linear). Kuasa tertinggi pemboleh ubah tidak boleh sama dengan 1. Lihat Contoh | Menengah Atas |
baki2 | remainder | Nilai atau amaun yang tinggal (lebihan) apabila sesuatu nombor tidak boleh dibahagikan sepenuhnya. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
pemboleh ubah | variable | Kuantiti yang nilainya tidak diketahui dan tidak tetap, yang boleh mewakili sebarang nilai. | Menengah Rendah |
pemboleh ubah | variable | Kuantiti yang nilainya tidak tetap, yang diwakili dengan simbol seperti x, y dan z, … yang boleh mengambil sebarang nilai daripada suatu set nilai tertentu. | Menengah Atas |