nisbah | ratio | Perbandingan ukuran atau nilai dengan ukuran atau nilai yang lain. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
darjah | degree | 1. Unit ukuran bagi sudut (°). Contohnya, darjah sudut tegak = 90°. 2. Kuasa tertinggi bagi pemboleh ubah dalam suatu polinomial. | Menengah Atas |
ela | yard | Unit ukuran panjang, 1 ela ≈ 0.9144 meter. | Menengah Atas |
dimensi | dimension | Ukuran saiz sesuatu bentuk atau objek seperti panjang, lebar, tinggi atau garis pusat. Bentuk yang hanya ada ukuran panjang seperti garis lurus mempunyai satu dimensi. Permukaan yang ada ukuran panjang dan lebar mempunyai dua dimensi. Objek yang ada panjang, lebar dan tinggi mempunyai tiga dimensi. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajah | Menengah Atas |
milimeter | millimetre | Unit ukuran bagi panjang. Simbol milimeter ialah mm. 1 meter = 1 000 milimeter. | Sekolah Rendah |
miligram | milligram | Unit ukuran bagi jisim. Simbol miligram ialah mg. 1 gram = 1 000 miligram. | Sekolah Rendah |
kilogram | kilogram | Unit ukuran bagi jisim. Simbol kilogram ialah kg. 1 kg = 1 000 g. | Sekolah Rendah |
mililiter | millilitre | Unit ukuran bagi isi padu. Simbol mililiter ialah ml. 1 liter = 1 000 mililiter. | Sekolah Rendah |
liter | litre | Unit ukuran bagi isi padu cecair. Simbol liter ialah l. 1 liter = 1 000 mililiter. | Sekolah Rendah |
kilometer | kilometre | Unit ukuran bagi panjang atau jarak. Simbol kilometer ialah km. 1 km = 1 000 m. | Sekolah Rendah |