kubus unit | unit cube | Kubus yang mempunyai dimensi 1 unit × 1 unit × 1 unit. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
unit padu | cubic unit | Unit piawai untuk isi padu, simbolnya ialah unit³. | Menengah Atas |
unit padu | cubic unit | Unit untuk isi padu. | Menengah Rendah |
unit piawai | standard unit | Unit ukuran yang dipersetujui di peringkat antarabangsa. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
unit bukan piawai | non-standard unit | Unit ukuran yang tidak menggunakan alat ukuran yang standard. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
unit ukuran | unit of measurement | Kuantiti yang digunakan sebagai piawai pengukuran. Contohnya, minit ialah unit ukuran bagi masa, meter ialah unit ukuran bagi panjang dan kilogram ialah unit ukuran bagi jisim. | Menengah Atas |
unit ukuran | unit of measurement | Unit yang digunakan bagi ukuran timbangan atau sukatan. Contohnya, kilogram dan meter. | Menengah Rendah |
unit ukuran | unit of measurement | Unit ukuran dalam sistem metrik seperti meter, gram, dan liter. | Sekolah Rendah |
unit | unit | Kuantiti yang digunakan sebagai piawai untuk ukuran, timbangan atau sukatan dalam sesuatu sistem. Contohnya, meter ialah unit bagi panjang, saat bagi masa, dan kilogram bagi jisim. | Menengah Rendah |
unit | unit | Kuantiti yang digunakan untuk menyatakan ukuran. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |