pepenjuru matriks | diagonal of matrix | Unsur-unsur bagi satu matriks segi empat sama yang kedudukan baris dan lajurnya sama. | Menengah Atas |
persilangan set | intersection of sets | Set unsur-unsur sepunya bagi dua atau lebih set yang berbeza. Persilangan digambarkan dengan simbol ∩. Lihat Contoh | Menengah Atas |
sampel rawak | random sample | Sampel yang diambil secara rambang, iaitu tanpa mengikut aturan atau pola tertentu daripada sesuatu populasi. Unsur-unsur dalam sampel rawak mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. | Menengah Atas |
objek | object | 1. Bentuk, rajah atau objek asal dalam pelbagai penjelmaan. Lihat Contoh 2. Unsur-unsur dalam domain bagi suatu hubungan. | Menengah Atas |
hubungan | relation | Perkaitan antara unsur daripada satu set dengan unsur daripada satu set lain dengan menggunakan peraturan tertentu. Lihat Contoh | Menengah Atas |
unsur set | element of a set | Nombor, huruf atau objek yang dikandung oleh suatu set. Contohnya, unsur set {a, b, c} ialah huruf a, b, dan c. | Menengah Atas |
matriks identiti | identity matrix | Matriks segi empat sama yang unsur pada pepenjuru utamanya bersamaan dengan 1 dan semua unsur lainnya bersamaan dengan 0. Lihat Contoh | Menengah Atas |
hubungan satu kepada satu | one to one relation | Padanan antara satu unsur dalam domain dengan satu unsur dalam kodomain. Lihat rajah | Menengah Atas |
hubungan satu kepada banyak | one to many relation | Padanan antara satu unsur dalam domain dengan beberapa unsur dalam kodomain. Lihat rajah | Menengah Atas |
hubungan banyak kepada satu | many to one relation | Padanan antara beberapa unsur dalam domain dengan satu unsur dalam kodomain. Lihat rajah | Menengah Atas |