protraktor | protractor | Alat yang digunakan untuk melukis dan mengukur sudut. Protraktor separuh bulatan digunakan untuk mengukur sudut sehingga 180°, manakala protraktor bulatan digunakan untuk mengukur sudut sehingga 360°. Lihat rajah | Menengah Atas |
kaedah unitari | unitary method | Kaedah pengiraan untuk mencari nilai bagi beberapa benda dengan terlebih dahulu mencari nilai untuk satu benda. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
sistem 12 jam | twelve-hour system | Sistem mengukur masa dalam sehari yang dinyatakan dalam a.m. untuk pagi dan p.m. untuk petang. Contoh, pukul 10:20 a.m. dan 5:30 p.m. | Sekolah Rendah |
varians | variance | Min untuk penjumlahan kuasa dua sisihan daripada min bagi satu set data. Varians mengukur saiz sebaran sesuatu set data daripada nilai puratanya. | Menengah Atas |
suhu | temperature | Ukuran untuk menunjukkan tahap kepanasan atau kedinginan sesuatu bahan. Unit yang digunakan ialah darjah Celsius (°C), darjah Fahrenheit (°F) dan Kelvin (K). | Menengah Atas |
pengamiran | integration | Proses untuk mencari kamiran sama ada kamiran tentu atau kamiran tak tentu dan merupakan proses songsangan bagi pembezaan. | Menengah Atas |
histogram | histogram | Cara untuk menggambarkan taburan kekerapan dengan kekerapan dalam setiap kelas diwakili oleh sebuah segi empat tepat yang bersambung. Luas segi empat tepat tersebut berkadaran dengan kekerapannya. Lihat Rajah | Menengah Atas |
suhu | temperature | Ukuran untuk menunjukkan tahap kepanasan atau kedinginan sesuatu bahan. Unit yang digunakan ialah dalam darjah Celsius (°C), darjah Fahrenheit (°F) dan Kelvin (K). | Menengah Rendah |
justifikasi | justification | Penjelasan untuk menyokong sesuatu jawapan. | Menengah Rendah |
dozen | dozen | Unit untuk perhitungan bilangan benda atau objek yang bersamaan dengan 12. Contohnya, 12 batang pensel bersamaan dengan 1 dozen pensel. | Menengah Rendah |