koordinat-y | y-coordinate | Nilai yang menunjukkan kedudukan satu titik yang diukur secara mengufuk dari paksi-y. Koordinat-y dikenali juga sebagai ordinat. | Menengah Atas |
pintasan-y | y-intercept | Nilai y apabila garis atau lengkung memotong paksi-y. Lihat rajah | Menengah Atas |
koordinat-y | y-coordinate | Titik yang diukur berdasarkan paksi mencancang (paksi-y). | Menengah Rendah |
pintasan-y | y-intercept | Titik tempat garis lurus atau lengkung memotong paksi-y. | Menengah Rendah |
paksi-y | y-axis | Paksi yang mencancang dan berserenjang dengan paksi-x dalam sistem koordinat Cartes. | Menengah Atas |
paksi-y | y-axis | Paksi yang mencancang dalam sistem koordinat Cartes. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
paksi-y | y-axis | Paksi yang mencancang dalam graf. | Sekolah Rendah |
pintasan | intercept | Nilai x atau nilai y apabila garis atau lengkung memotong paksi-x atau paksi-y masing-masing. | Menengah Atas |
pekali | coefficient | Faktor dalam sesuatu hasil darab. Contohnya, dalam ungkapan 4y² + 3y, y sebagai pemboleh ubah, pekali y² ialah 4 dan pekali y ialah 3. | Menengah Atas |
pemboleh ubah bersandar | dependent variable | Pemboleh ubah yang nilainya bergantung pada nilai pemboleh ubah tak bersandar. Contohnya, dalam rumus y = x + 2, pemboleh ubah bersandar ialah y dan pemboleh ubah tak bersandar ialah x. | Menengah Atas |