sebutan serupa | like terms | Sebutan yang mempunyai pemboleh ubah yang sama dengan kuasa yang sama. Contohnya, (i) 12x dan -5x (ii) 4x³ dan 7x³. | Menengah Atas |
sebutan tak serupa | unlike terms | Sebutan yang mempunyai pemboleh ubah yang sama dengan kuasa yang berbeza, atau mempunyai pemboleh ubah yang berbeza dengan kuasa yang sama. Contohnya, (i) 5x dan 5x² (ii) 2x² dan 3y². | Menengah Atas |
sebutan serupa | like terms | Sebutan yang melibatkan pemboleh ubah yang sama dan kuasa setiap pemboleh ubah adalah sama. Contohnya, (i) 3x dan -2x (ii) 5x² dan 6x² | Menengah Rendah |
angka | numeral | Simbol untuk mewakili sesuatu nilai yang disebut sebagai nombor. Contoh, 1, 2, 3, 4, 5, … dan i, ii, iii, iv, v, ... | Sekolah Rendah |
pantulan | reflection | Penjelmaan yang membalikkan titik-titik pada satu satah terhadap satu garis yang dikenali sebagai paksi pantulan. Ciri-ciri pantulan ialah (i) objek dan imej berada pada sebelah yang bertentangan dengan paksi pantulan. (ii) objek dan imejnya mempunyai jarak serenjang yang sama dari paksi pantulan. (iii) bentuk dan saiz imej adalah sama dengan objek, tetapi orientasinya terbalik. (iv) imej bagi suatu titik yang ada pada paksi pantulan ialah titik itu sendiri. Lihat rajah | Menengah Atas |
hukum logaritma | laws of logarithm | Hukum yang menyatakan bahawa: (i) logaritma hasil darab dua nombor bersamaan dengan jumlah logaritma kedua-duanya berdasarkan asas yang sama. Secara umumnya, logaxy = logax + logny. (ii) logaritma nisbah dua nombor merupakan logaritma pengangka tolak logaritma penyebut, . (iii) logaritma kuasa ke-n nombor ialah n didarabkan dengan logaritma nombor loga (mⁿ) = n logam. | Menengah Atas |