Selamat sejahtera. Waktu yang mana adalah betul? Jam1800 / Jam1900 = 6.00 petang / 7.00 petang ATAU = 6.00 malam / 7.00 malam ATAU = 6.00 petang / 7.00 malam | Penggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut: 12.00-1.59 tengah hari; 2.00 - 6.59 petang; 7.00- 11.59 malam; 12.00- 12.59 tengah malam; 1.00- 11.59 pagi. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
dalam Kamus Dewan dinyatakan masa tengah hari bemula jam 12.00 tengah hari hingga jam 2.00. Saya rasa janggal kalau jam 2.00 dinyatakan sebagai 2.00 tengah hari. Saya rasa jam 1.00 tengah hari adalah betul tetapi jam 2.00 ialah 2.00 petang | Untuk makluman tuan, waktu tengah hari bermula pada pukul 12.00 hingga 1.59, mulai pukul 2.00 ghingga 6.59 kita nyatakan sebagai waktu petang. | Lain-lain | 08.04.2013 |
Saya ingin bertanya berkaitan kedudukan tanda baca titik bertindih dalam situasi yang berikut: Contoh: i. Tarikh : 14 Jun 2021 Masa : 3:00 - 4:00 petang atau Tarikh: 14 Jun 2021 Masa: 3:00 - 4:00 petang Kedudukan tanda (/) i. Minit Mesyuarat Panitia Geografi Bil. 2/ 2021 (ada satu space selepas tanda /) ii. Minit Mesyuarat Panitia Geografi Bil.2/2021 (tanpa sebarang space selepas tanda /) | Penggunaan tanda titik bertindih yang betul: Contoh: Tarikh: 14 Jun 2021, Masa: 3.00 - 4.00 petang (satu titik sahaja) Penggunaan tanda palang (/) yang betul: Contoh: Minit Mesyuarat Panitia Geografi Bil. 2/2021 (tiada jarak sebelum dan selepas tanda palang) | Ejaan | 14.06.2021 |
Saya ingin bertanya cara penggunaan tatacara penulisan waktu jam yang betul didalam surat seperti contoh pukul 1.00 tengahari ataupun 1.00 petang , 7.00 petang ataupun 7.00 mlm. | Pemenggalan masa untuk waktu tengah hari dan malam bermula pada pukul 12.00 tengah hari hingga 1.59 tengah hari dan pukul 7.00 malam hingga 11.59 malam. Di bawah ini disertakan pemenggalan masa untuk rujukan saudara. 1.00 a.m. hingga 11.59 a.m. (pagi) 12.00 a.m. hingga 1.59 p.m. (tengah hari) 2.00 p.m. hingga 6.59 p.m. (petang) 7.00 p.m. hingga 11.59 p.m. (malam) 12.00 a.m. hingga 12.59 a.m. (tengah malam) | Tatabahasa | 13.03.2019 |
Sila komen penggunaan kata sendi daripada/kepada dalam ayat ini : "Masa kerja saudara akan diubah daripada syif 8.00 pagi – 5.00 petang kepada syif 9.00 – 6.00 petang." Terima kasih | Penggunaan kata sendi nama dalam ayat tersebut betul. Untuk ketarangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 02.06.2010 |
Pemenggalan masa adalah seperti yang berikut: 1.00 a.m. - 11.59 a.m. - pagi 12.00 p.m. - 1.59 p.m. - tengah hari 2.00 p.m. - 6.59 p.m. - petang 7.00 p.m. - 11.59 p.m. - malam 12.00 a.m. - 12.59 - tengah malam Merujuk kepada pemenggalan di atas, '12.00 am - 12.59 am' bolehkah juga digunakan awal pagi atau pagi? | Pemenggalan waktu: i. Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59 ii. Petang - dari pukul 2.00 hingga 6.59 iii. Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59 iv. Tengah malam - dari pukul 12.00 hingga 12.59 v. Pagi - dari pukul 1.00 hingga 11.59 Untuk makluman tuan, pemenggalan waktu ini telah mantap dan tidak ada perubahan tentang istilah yang digunakan. | Tatabahasa | 23.08.2015 |
Cikgu, kata sendi nama "ke" dapat digunakan untuk menunjukkan waktu atau masa sedangkan kata sendi nama "hingga" dan "sampai" juga digunakan untuk menerangkan masa? Contoh: Saya bersekolah dari pukul 8.00 pagi ke 5.00 petang. (betul) ...... dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang (betul) ...... dari pukul 8.00 pagi sampai 5.00 petang (betul) Maksudnya, kata sendi nama "hingga", "sampai" dan "ke" boleh digunakan untuk menunjukkan masa atau waktu? | Sampai bukanlah kata sendi nama, tetapi antara maksud sampai ialah hingga. Oleh itu, penggunaan kata sendi nama ke dan hingga, juga sampai dalam konteks ayat tersebut idalah betul. | Tatabahasa | 27.05.2014 |
Soalan 1 - Manakah cara menulis masa 10.00 pagi yang paling tepat? (A) 10.00 pagi (B) 10:00 pagi Soalan 2 - perkataan pagi dalam 10.00 pagi, ditulis huruf besar atau huruf kecil? | Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, jawapan yang betul ialah 10 pagi. | Lain-lain | 30.09.2021 |
Salam, saya ingin tahu, apakah tempoh waktu yang sesuai bagi 7.00 pm?sama ada petang atau malam? 1.00 pm pula dipanggil 1.00 tengah hari atau 1.00 petang?Bolehkah tuan/puan jelaskan tempoh had masa yang sebetul-betulnya kepada saya? Sekian, terima kasih. | Penggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut: 12.00-1.59 tengah hari; 2.00 - 6.59 petang; 7.00- 11.59 malam; 12.00- 12.59 tengah malam; 1.00- 11.59 pagi. | Tatabahasa | 02.01.2013 |
Apakah format yang betul untuk format RM? RM2.00 atau RM 2.00? Adakah penggunaan ruang selepas "RM" diperlukan atau tidak dari segi tatabahasa dan apakah implikasinya jika ditulis dalam format yang salah? | Format yang betul ialah RM ditulis rapat dengan 2.00, iaitu RM2.00. Jika tidak mengikut format, akan berlaku ketidakselarasan. | Lain-lain | 13.11.2016 |