| Adakah ccra penulisan bagi rincian berikut harus bermula dengan huruf besar atau tidak? contohnya susunan berikut bagi. a. dan b. Adakah frasa pertama selepas a. huruf besar atau tidak? 3.1 Tanggungjawab Pengurusan Universiti 3.1.1 Pengurusan Universiti akan memberi komitmen, seberapa praktik yang boleh bagi: a. menyediakan dan seberapa kerap yang sesuai mengkaji semula pernyataan bertulis dasar berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja. b. memastikan sumber disediakan untuk membangun, melaksana, menyenggara dan menambah baik keselamatan dan kesihatan di USIM. Sumber yang dimaksudkan termasuklah sumber manusia, kewangan, latihan, kemudahan infrastruktur dan teknologi. | Berdasarkan Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023) halaman 50 dan 119, setiap huruf awal hendaklah menggunakan huruf besar. Tanda titik bertindih (:) digunakan sebagai penanda untuk memperkenalkan atau menambah keterangan. Cara penulisan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 3.1 Tanggungjawab Pengurusan Universiti 3.1.1 Pengurusan Universiti akan memberikan komitmen, seberapa praktik yang boleh bagi: a. Menyediakan dan seberapa kerap yang sesuai mengkaji semula pernyataan bertulis dasar berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja. b. Memastikan sumber disediakan untuk membangun ..... | Tatabahasa | 02.04.2024 |
| Selamat sejahtera. Soalan 1 Ayat 1: Kanak-kanak bermain di taman permainan dengan gembira. Ayat 2: Kanak-kanak bermain di taman permainan dengan gembiranya. Ayat 1 dan Ayat 2, yang manakah ayat yang betul? Soalan 2 Ayat 1: Ayah memandu kereta ke pejabat dengan cermat. Ayat 2: Ayah memandu kereta ke pejabat dengan cermatnya. Ayat manakah yang betul? Soalan 3 Adakah perkataan "dengan" hanya boleh digunakan sebagai kata sendi nama? ataupun "dengan" juga boleh digunakan sebagai kata hubung? Sila berikan contoh. Terima kasih. | 1. Ayat “Kanak-kanak bermain di taman permainan dengan gembira” dan “Kanak-kanak bermain di taman permainan dengan gembiranya”, kedua-duanya betul.1"> 2. Ayat “Ayah memandu kereta ke pejabat dengan cermat” dan “Ayah memandu kereta ke pejabat dengan cermatnya”, kedua-duanya betul.1"> 3. Kata “dengan” boleh digunakan sebagai kata hubung dan kata sendi nama. Walau bagaimanapun, penggunaannya bergantung pada konteks ayat. | Tatabahasa | 05.10.2022 |
| Soalan berdasarkan Dokumen (1) (2)(1) | Ayat yang betul ialah “Nama genus itu diberikan sebagai penghormatan kepada penjelajah terkenal, iaitu Alfred Russel Wallace.” Untuk maklumat lanjut mengenai ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 432-575. | Tatabahasa | 29.11.2024 |
| Ayat mana yang lebih tepat ya? 11x Kelebihan 11 Kelebihan dalam 1 11 dalam 1 Kelebihan Terima kasih. | Cadangan ayat yang tepat ialah 11 kebaikan dalam 1. | Sastera | 02.03.2023 |
| Adakah salah penggunaan ayat dalam persuratan seperti berikut: Contoh penggunaan simbol (x) (1 x Pegawai dan 5 x Anggota Tentera) 1. Adalah dimaklumkan bahawa 1 x Pegawai dan 5 x Anggota Tentera diarahkan membuat tugas operasi di Selatan Thailand. | Penggunaan bahasa yang betul ialah "Dimaklumkan bahawa seorang pegawai dan lima orang anggota tentera terlibat dalam operasi di Selatan Thailand". Walau bagaimanapun, Angkatan Tentera Malaysia termasuk Tentera Darat mempunyai gaya dan format tersendiri dalam penulisan surat-menyurat dan dokumen rasmi.
| Tatabahasa | 16.06.2022 |
| 1. Arun membaca buku di meja buku. 2. Murid-murid menyertai pertandingan menyanyi. 3. Helmi dan kakaknya mengemas di ruang tamu. 4. Helmi dan kakaknya mengemas di rumah. selamat sejahtera encik/puan, adakah 4 ayat di atas betul. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah “Arun membaca buku di meja”, manakala ayat “Murid-murid menyertai pertandingan menyanyi”, “Helmi dan kakaknya mengemas di ruang tamu”, “Helmi dan kakaknya mengemas di rumah” betul. | Tatabahasa | 16.10.2025 |
| 1. Bahan-bahan seperti buluh, benang, kertas warna, gam dan pisau kecil yang digunakan untuk membuat wau bulan. 2. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat wau bulan ialah buluh, benang, kertas warna, gam dan pisau kecil. Selamat sejahtera encik/puan, ayat mana yang betul? terima kasih | Ayat yang betul ialah “Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat wau bulan ialah buluh, benang, kertas warna, gam dan pisau kecil.”. | Tatabahasa | 02.10.2025 |
| 1. Perasaan Alif selepas menolong Cikgu Lim ialah gembira. Adakah ayat ini betul? encik/puan. ada subjek dan predikat dalam ayat ini? terima kasih. | Ayat yang diberikan tidak gramatis kerana penggunaan kata pemeri “ialah” dalam ayat tersebut tidak tepat. Kata pemeri “ialah” perlu diikuti oleh kata atau frasa nama. Contoh ayat yang betul ialah “Alif berasa gembira selepas menolong Cikgu Lim.” Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2024), halaman 339 hingga 346 dan 495. | Tatabahasa | 15.08.2025 |
| 1. Antara kemudahan Internet ialah mencari pelbagai info terkini melalui laman sesawang, menjalankan perniagaan melalui talian, membayar bil-bil atau pembelian barangan melalui talian dan berhubung dengan keluarga atau rakan melalui laman sosial. Minta pencerahan, adakah penggunaan melalui dalam ayat di atas betul? atau kata dalam lebih sesuai. terima kasih encik/puan. | Ayat yang betul ialah: Antara kemudahan Internet termasuklah mencari pelbagai maklumat terkini melalui laman sesawang, menjalankan perniagaan dalam talian, membayar bil-bil atau membeli barangan dan berhubung dengan keluarga atau rakan melalui media sosial. | Tatabahasa | 31.07.2025 |
| 1. Kain songket yang dibeli oleh ibu itu sungguh molek tenunannya. 2. Pekerja di kedai dobi itu sedang menggosok baju yang berbukit di dalam bakul. Adakah 2 ayat di atas betul? kalau salah, salah di mana? terima kasih encik/puan. | Ayat pertama “Kain songket yang dibeli oleh ibu itu sungguh molek tenunannya” betul. Ayat kedua diberi penambahbaikan seperti yang berikut, “Pekerja di kedai dobi itu sedang menggosok baju yang membukit di dalam bakul”. Perkataan berbukit dibetulkan kepada membukit kerana berbukit merujuk kawasan yang mempunyai bukit, manakala membukit bermaksud sesuatu yang menimbun atau berlonggok sehingga menjadi tinggi seperti bukit. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 337-338. | Tatabahasa | 01.08.2025 |